Social Icons

blogger widget

Pages

Saturday, December 31, 2005

Rumahtanggaku syurgaku...

A'kum! dah lama tak bermonolog :)

Hidup berumah tangga memang indah. Anda bukan lagi berseorangan, dah ada yang tersayang di sisi. Keputusan dibuat bersama, makan bersama. Susah sakit pening ditanggung bersama. Suka duka pun sama-sama tanggung.

Dugaan pun tidak kurang hebat juga. Bergantung kepada sejauh mana kehebatan anda menangani masalah. Masalah akan dilihat sebagai masalah sekiranya masalah yang anda pinta. Dengan kematangan yang bertambah, Insya Allah anda akan melihat masalah kehidupan sebagai satu bentuk komunikasi antara Rabb dan diri dalaman anda. Ingatlah tiada suatupun perkara yang berlaku dalam hidup ini terjadi dengan spontan melainkan adanya suatu iktibar yang ditujukan khas buat kita.. Pandai2lah kita merenung dan berfikir.

Oh ya, adalah sangat penting untuk mengasah skill komunikasi sebelum berkahwin kerana.. trust me, you'll NEED it!

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

jjjhhbkjljljl;k
 
Blogger Templates