Social Icons

blogger widget

Pages

Thursday, January 05, 2006

Apo itu Kebebasan Kewangan?

Mungkin anda tertanya-tanya dan mungkin juga tidak.. Apekemendenya kebebasan kewangan ni? Haa.. itulah tujuan blog ini.. ingin meninjau, mengkaji dan mencungkil rahsia-rahsia yang terpendam dalam kalimah kebebasan kewangan...

Dunia semakin maju, kemodenan menjajah setiap lapisan umur dan tempat di seluruh dunia. Dunia tidak lagi memiliki sempadannya. Walau beribu-ribu batu, maklumat tetap akan sampai di mana jua anda berada. Sistem komunikasi menjadi begitu canggih sehingakan teknologi hari ini menjadi 'absolete' keesokan harinya. Manusia berlumba-lumba mengejar dan mencari 'maklumat'. Timbulnya istilah ICT kesan daripada bahana ini. Kita berada di suatu alaf yang paling pesat dari segi kemodenan.

Sesiapa yang memiliki maklumat, dia akan berada selangkah di hadapan pesaing.
Sesiapa yang memiliki maklumat, dia akan memenangi peperangan
Sesiapa yang memiliki maklumat, dia akan memiliki komoditi yang sangat mahal.

Siapa yang tiada maklumat, akan ditindas, ketinggalan, out-dated, diperhambakan, dikalahkan.

Lihatlah di dalam peperangan, strategi anda akan gagal sekiranya maklumat ini diketahui pihak musuh.

Lihatlah di dalam perniagaan, anda akan ditewaskan oleh pesaing sekiranya anda terkebelakang dalam industri berkenaan dari segi maklumat pemasaran, produk, R&D dan sebagainya

Maklumat adalah sangat berharga sehinggakan manusia sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkannya.

Kesimpulannya, dunia hari ini sedang berlumba-lumba mengejar maklumat. Dan anda juga akan terkebelakang sekiranya gagal memasuki arus ini untuk turut serta.

Welcome aboard!

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

jjjhhbkjljljl;k
 
Blogger Templates