Social Icons

blogger widget

Pages

Saturday, January 28, 2006

Kisah CINTA abad 21..

aduhai.. wife dapat cuti kita plak kena kerja .. akhirnya wife balik kampung sorang-sorang.. takpelah ...dugaan..

aku dapat la jugak book air-asia walaupun agak lambat.. mahallah sikit tapi mujurlah ada offer raya cina so dapat murah untuk tiket pergi ke KL.. bila tempah air-asia ni teringatlah plak ryan-air, syarikat penrbangan murah masa aku belajar di Ireland dulu.. Walaupun tambang dia murah, tapi ryan air sgt menepati masa.. Aku rasa air-asia ambil konsep yg sama. sebab tulah MAS menghadapi masalah. Samalah macam British Midland dan British Airway yang mengalami kerugian lepas ryan air memperkenalkan konsep penerbangan tambang murah.. moral.. kejayaan boleh dicipta dengan MENIRU orang yang sudah berjaya!

bila seseorang yang rapat dengan kita tiada di sisi seketika, barulah (?) kita akan menghargai kehadirannya.. mungkin itulah caranya untuk kita tahu kelebihan orang tersayang.. Bak kata orang-orang tua 'sayangkan isteri tinggal-tinggalkan' dok?

bercerita tentang kasih-sayang mengingatkan aku kepada seorang pesakitku pada beberapa hari lepas.. Encik X adalah lelaki berusia 29 tahun yang lumpuh seluruh seluruh badannya selepas terlibat dalam suatu kemalangan 13 tahun lalu.. dia datang ke hospital kerana mengalami sesak nafas dan demam-demam. Aku berasa kesian melihat dia bersusah payah untuk bergerak dia atas katil. Aku membantu sedaya mungkin dengan memberikan dia 'nebuliser' untuk membantu pernafasannya..

Apa yang menarik adalah seorang perempuan yang berdiri di sisinya.. aku tertanya2 siapakah dia? Akhirnya terkeluar juga pertanyaan di bibirku. Nyatalah dia adalah sang isteri kepada lelaki berkenaan. Mereka sudah berkahwin 7-8 tahun. Aku mengira2 di dalam hati. Bermakna mereka berkahwin selepas lelaki berkenaan lumpuh. Rupa-rupanya mereka telah bertunang semenjak tingkatan 4 lagi! setelah berjanji sehidup semati, mereka meneruskan pernikahan walaupun lelaki berkenaan lumpuh!

Bukan senang mendengar dan melihat sendiri kisah cinta yang hebat begini pada abad ke 21.. Lebih banyak yang porak poranda dari yang menjadi. Na'uzubillahimin zalik..

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

jjjhhbkjljljl;k
 
Blogger Templates