Social Icons

blogger widget

Pages

Saturday, September 16, 2006

Dia buka mata!

Anakku mula membuka mata pada hari kedua. Kadangkala dia tersenyum tatkala tidur. Dia dimasukkan ke neonatal ICU pada hari kelahirannya selama dua hari. Dia diberikan phototherapy selama dua hari. Beberapa ujian saringan dibuat untuk mengenalpasti sebab ubun2 kepalanya sedikit besar dari biasa. Alhamdulillah akhirnya dia didiscaj dari Hospital pada hari Ahad.
Setakat ini dia menyusu dan kokok (berak) sebagaimana lumrahnya budak2 lain. Kadangkala (dua jam sekali!) dia menangis minta susu. Isteriku pula baru nak belahar menyusu badan. Memang amat menyakitkan pada peringkat awalnya. Pelbagai cara dibuat untuk melegakan tekanan pada dadanya termasuklah penggunaan breast pump. Alhamdulillah semuanya semakin baik. Kesakitan pada luka caesar juga sedah berkurangan walaupun pada mulanya agak sayu melihat dia bersusah payah untuk bangun dari pembaringan. Mudah2an Allah memberikanmu sebaik2 kebajikan.
Biarlah Luqman baca sendiri entri blog ni bila dah besar panjang karang. Pandai2lah Luqman hargai jasa ibu. Pun peringatan buat kita semua yang bergelar anak!

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

jjjhhbkjljljl;k
 
Blogger Templates