Social Icons

blogger widget

Pages

Tuesday, June 08, 2004

12 Mei 1978

12 Mei 1978
Di suatu perkampungan yang agak pedalaman di bumi Kelantan.. Di situlah tempat tangisan teriakanku yang pertama memecah lelangit dan anak tekakku.. Begitupun anak kecil ya'ni aku tak pernah dan mungkin tak akan mengingati peristiwa yang yang bersejarah itu.. aku pun kurang pasti waktu kelahiranku.. yang pasti, kedatangan ku ke dunia tidak semudah majoriti insan lain, walaupun aku lahir dari sperma yang berjaya mengalahkan berjuta sperma2 lain, namun tempoh beberapa bulan yang berikutnya tidaklah semudah yang kusangka.. Ternyata ibuku, Wae menempuh tempoh kritikal, berjuang antara hidup dan mati.. aku pun kurang pasti patologi yang melanda bondaku, setakat yang kuingat, pakcik sering menyebut2 bahawa aku dilahirkan sangat kecil, Wae sakit teruk, dia 'demam kuning' menurutnya, ayah hampir2 putus asa akan kehilangannya, ternyata sangkaan dia meleset. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Kalau Dia nak aku hidup, aku hidup. 26 tahun kemudian, aku tercacak depan monitor ni, menaip blog yang aku pun tak pasti samapai bila akan berlangsung. aku menggaru2 kepala. Kenapa aku join blog ni? Ntah, jari terasa gatal nak mendokumentasikan peri rasa yang terpendam dalam hati. Berbalik pasal aku yang dah keluar ke alam nyata tadi, ternyata aku pun sakit teruk jugak time tu. Doktor nak tebuk tulang belakangmu, kata ayah. Tapi ayah tak kasi. Dia khuatir komplikasinya lagi teruk. Sekarang baru aku faham. Doktor nak buat LP - lumbar puncture. Mungkin dia khuatir aku kena meningitis. Ayah kata, kalau aku pendek umur takpe, sebab dia ada 3 orang lagi anak. Aku sengih aje. Oh ya, arwah ayah.. Arwah meninggal tahun sudah, sehabisnya aku menamatkan 6 tahun perubatan. Aku rindu ayah. Arwah banyak mengajar aku erti hidup ini.

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

jjjhhbkjljljl;k
 
Blogger Templates