Social Icons

blogger widget

Pages

Wednesday, June 30, 2004

Bilikku dimasuki perampok..

Assalamualaikum wbt..

Dukacita dimaklumkan bahawa aku yang budiman ini telah mengalami suatu musibah yang pada awalnya berat membawa rusuh di jiwa.. akan tetapi apakan daya.. Setelah difikir2kan kembali, maka tiadalah sebab untuk aku mengeluh atau berduka lara sesangat.. emmanglah sedih tapi kalau dah durian tu durianlah.. takkan jadi betiknya pulak..

empat benda yang aku sayang.. wallet, sony peg ux-50, digital camcorder dan handphone yang membawa banyak kenangan.. keempat2 aset aku ini hilang begitu sahaja sekelip mata pada suatu pagi Selasa yang sepoi2 bahasa.. antara jam 5 hingga 6 pagi.. pencuri: sampai kini belum dapat kukesani..


kerugiaan dianggarkan berjuta2 rupiah..

paling menakjubkan kecurian berlaku masa aku ada dalam rumah itu.. tak tahulah macam mana perampok itu dapat masuk ke dlm bilik aku.. mungkin melalui tingkap bilik yang sempit.. memng kuat sungguh mujahadah pencuri itu untuk mencuri harta aku.. La hawlawala quwwata illa billah..

fikir2 balik.. harta aku adalah hanya apa yg Allah kurniakan kepada aku.. Kalau aku ada berjuta2 ringgit tapi x kubelanjakan sebelum aku mati, maka itu bukanlah harta/rezeki aku tapi hak milik isteri atau anak2ku nanti. Kalau harta aku ditakdirkan hanya melekat padaku sehari, maka itulah rezeki selama sehari itu..

Pedih memang pedih tapi apakan daya..

Mungkin Allah nak menghajar aku.. Hanya Allah yang Maha Tahu apakah khasiat disebalik pengajaran ini..


Aku mengharapkan gantian yang lebih baik..

NAntilah kusambung.. air mata tak dapat kutahan.. waaa...!!!

heheh.. sembang ajo lebih..


No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

jjjhhbkjljljl;k
 
Blogger Templates