Social Icons

blogger widget

Pages

Wednesday, June 30, 2004

My last day as an intern!!!

Pengumuman.. bahawasanya aku, sang adika ratna medical intern yang selama ini banyak berjasa kepada St James Hospital ingin membuat pengumuman yang bakal menterkejutkan sesiapa yang mudah terkejut...

'aku ingin bersara' ujarku lemah.. takde maknanya untuk aku menjadi medical intern lagi.. Sudah masanya aku memberi ruang kepada orang lain yang lebih layak.. Ramai lagi anak2 muda kita yang bakal dinaiktaraf sebagai intern mulai esok.. Aku rasa sewajarnya aku menarik diri.. Jangan jadi seperti sesetengah pihak yang begitu gilekan kuasa.. asyik nak berada di tampuk housemanship.. tapi sampai bila? kan kan kan?

Aku hanya mampu berhujah sorang2 kerana aku yakin ramai yang x percaya dengan pengumuman ini..Dengan rekod kerja aku yang bersih, sudah tentu untuk melepaskan aku adalah suatu usaha yang memerlukan keluhan yang berat..

'Aku tekad..' tiada tawar menawar lagi... sebarang panggilan telefon aku jawab dengan tenang .. tambahan pula aku sudah kehilangan hanset ku semalam, jadi memudahkan urusan aku.. Ramai yang tertanya2, tidak kurang yang menghormati keputusanku.. biarkan dia, ujar mereka sayu.. Kita harapkan ada bakal pengganti, mungkin tidak sebaik dia... tapi sekurang2nya wajah baru yang segar dan bugar untuk melajar dan memperturunkan ilmu kepahlawanan seorang houseman/intern...

Aku yakin ada yang kecewa dengan keputusan ini tapi aku bulat.. Selamat tinggal wahai 'internship'...

wassalam..

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

jjjhhbkjljljl;k
 
Blogger Templates