Social Icons

blogger widget

Pages

Sunday, October 08, 2006

Kes perceraian di Arab Saudi meningkat


Pelik, sebuah negara yang terkenal dengan ajaran agama yang ketat turut mengalami krisis perkahwinan yang teruk. Apa yang kurang? Ruh dalam rumahtangga? Perkahwinan bukanlah sekadar ikatan jasad, tetapi ikatan antara dua ruh. Jika sakit kedua2 ruh berkenaan maka, akan terlerailah ikatan itu. Buka mata, buka minda. Buka hati. Moga Nur Ilahi memancar ke dalam hati. Gosoklah hati, gosok kuat2 dengan kalimah2 suci, biar hilang kegelapan, biar terlerai kotoran. Biar runyai mazmumah. Nescaya hati tenang, jasad juga tenang. Keluarga juga tenang.
Allahu Akbar! Nahnul Muhammadiyyuun Walillahil Hamd.





Sumber : http://www.utusan.com.my


JEDDAH 7 Okt. – Kes perceraian dan keretakan rumah tangga kian meningkat di Arab Saudi dengan bilangannya meningkat sebanyak 20 peratus sejak dua tahun lalu.

Berdasarkan kepada perangkaan Kementerian Perancangan Arab Saudi, terdapat 33 kes perceraian setiap hari di negara ini dan 12,192 kes setahun.

Sementara itu, mahkamah dan pegawai nikah kahwin telah mendaftarkan kira-kira 70,000 perkahwinan tahun lalu, tetapi pada masa yang sama juga memproses lebih 13,000 permohonan untuk bercerai.

Justeru, wanita yang akan berkahwin disarankan supaya mengikuti program kesedaran yang memberi mereka tip bagaimana mahu mewujudkan keluarga bahagia, kata seorang pegawai organisasi awam yang berusaha menghentikan bilangan perceraian yang semakin meningkat di negara ini.

Pada masa yang sama, Persatuan Al-Shaqaiq di sini telah mewujudkan satu program kepada gadis-gadis muda sebelum mereka menempuh alam perkahwinan.

Program itu merangkumi pengetahuan asas agama dan peraturan dalam perkahwinan, mengajar mereka mengenai hubungan antara Nabi Muhammad s.a.w. dan isteri-isteri baginda.

Bakal-bakal isteri juga didedahkan dengan kemahiran asas dan selok-belok kehidupan rumah tangga.

Mereka turut diajar memasak, tip membasuh dan menggosok pakaian, menghiasi rumah, senaman, mendandan rambut dan kosmetik.

– Agensi

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

jjjhhbkjljljl;k
 
Blogger Templates