Social Icons

blogger widget

Pages

Sunday, October 08, 2006

Kes perceraian di Arab Saudi meningkat


Pelik, sebuah negara yang terkenal dengan ajaran agama yang ketat turut mengalami krisis perkahwinan yang teruk. Apa yang kurang? Ruh dalam rumahtangga? Perkahwinan bukanlah sekadar ikatan jasad, tetapi ikatan antara dua ruh. Jika sakit kedua2 ruh berkenaan maka, akan terlerailah ikatan itu. Buka mata, buka minda. Buka hati. Moga Nur Ilahi memancar ke dalam hati. Gosoklah hati, gosok kuat2 dengan kalimah2 suci, biar hilang kegelapan, biar terlerai kotoran. Biar runyai mazmumah. Nescaya hati tenang, jasad juga tenang. Keluarga juga tenang.
Allahu Akbar! Nahnul Muhammadiyyuun Walillahil Hamd.





Sumber : http://www.utusan.com.my


JEDDAH 7 Okt. – Kes perceraian dan keretakan rumah tangga kian meningkat di Arab Saudi dengan bilangannya meningkat sebanyak 20 peratus sejak dua tahun lalu.

Berdasarkan kepada perangkaan Kementerian Perancangan Arab Saudi, terdapat 33 kes perceraian setiap hari di negara ini dan 12,192 kes setahun.

Sementara itu, mahkamah dan pegawai nikah kahwin telah mendaftarkan kira-kira 70,000 perkahwinan tahun lalu, tetapi pada masa yang sama juga memproses lebih 13,000 permohonan untuk bercerai.

Justeru, wanita yang akan berkahwin disarankan supaya mengikuti program kesedaran yang memberi mereka tip bagaimana mahu mewujudkan keluarga bahagia, kata seorang pegawai organisasi awam yang berusaha menghentikan bilangan perceraian yang semakin meningkat di negara ini.

Pada masa yang sama, Persatuan Al-Shaqaiq di sini telah mewujudkan satu program kepada gadis-gadis muda sebelum mereka menempuh alam perkahwinan.

Program itu merangkumi pengetahuan asas agama dan peraturan dalam perkahwinan, mengajar mereka mengenai hubungan antara Nabi Muhammad s.a.w. dan isteri-isteri baginda.

Bakal-bakal isteri juga didedahkan dengan kemahiran asas dan selok-belok kehidupan rumah tangga.

Mereka turut diajar memasak, tip membasuh dan menggosok pakaian, menghiasi rumah, senaman, mendandan rambut dan kosmetik.

– Agensi

Thursday, September 28, 2006

I'm back!

Bak kata pepatah, sayangkan isteri tinggal2kan, sayangkan anak tangan2kan, baik tak payah tinggal, senang kerja. Anak: semakin dipandang semakin enak!
No picture please.. I malu!


Ciku Cak...! (Aiseh, anakku kekurangan sejenis bahan hitam yang biasanya menutup kulit kepala manusia, i.e rambut)

Wajah Luqman tatkala ditukarkan lampin. Kalau dia muncungkan mulut macam tu petanda di nak 'kokok' lagi.. Kejap lagi dia akan menyebabkan pencemaran udara di ruang angkasa bilik berkenaan. Bertuah punya budak..


Setelah lebih kurang seminggu ke KL melawat anakanda dan isteri tercinta, akhirnya aku pulang ke bumi Serambi Mekah.
Hari pertama berjauhan dari anak dan isteri agak melukakan hatiku. Terbayang2 wajah anak dan isteri silih berganti. Nak pejam mata pun sukar. Hmm..

Ramadhan pula telah sampai ke hari 5. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan amal ibadat. Rindu plak nak tadarus di Masjid At Taqwa di Taman Tun. Bangga sungguh bila tengok jemaah Subuh hampir tiga ratus orang! Alangkah lemahnya aku.. Banyak benda yang kita boleh belajar dari kota metropolitan ini. Bak kata mertuaku. KL ada seribu satu macam benda. Nak ilmu pun banyak, nak maksiat pun banyak..

Moga kita semua istiqamah di dalam sirotol mustaqim..

Thursday, September 21, 2006

Bagaimana rasanya..?


Bagaimana rasanya?
Dua hari berturut2 pesakit aku meninggal dunia. Kedua2nya kes kemalangan jiwa. (gambar hiasan)

Kes pertama
a patient in his 50s, alleged MVA pedestrian hit by car, a hit-n-run scenario. Came with deteriorating condition. We had to tube him n give him artificial breathing. BP dropping like crazy. Pale ++, IV fluids to resuscitate given. There was a long bruising over his L flank, more like a normal abrasion wound but FAST ultrasonography showed a heck of nasty fluid collection which indicates intraabdominal injury. He would benefit from open laparatomy but, we he never made it upstairs. He met his Creator before we could establish the proper diagnosis. Apparently he went to cardiac arrest, precisely PEA-pulseless electrical activity secondary to excessive blood loss with subsequent DIVC or DIC (disseminated intravac. coagulation) and electrolyte haywires. I broke the bad news to the family. The daughter was unable to control her burst of tears. May Allah forgive his soul. Amen.

Sometimes when you see a lot of death, u don't know wether you should frown or smile.

InnaliLlah wainna ilahi raji'un.

Esok ku kan terbang



Bukannya apa, memandangkan ryanair, err airasia menawarkan tiker terbang yang agak murah, maka apalah salah kiranya aku terbang ke KL buat sehari dua menjenguk akan anak isteri yang jauh di mata tapi dekat di laptop (gambar depa byk dalam laptop).


Alangkan kucing sayangkan anaknya, apatah lagi aku yg hina dina ini. Bak kata org2 tua, anak pengikat kasih sayang suami isteri. Dah terikat tu tak yahlah cari lain, kan? :)

Perkhabaran melalui angin (gelombang berfrekuenci) yg kudengar, Luqman semakin kuat menyusu, mukanya naik ruam. Itu gejala2 yang mengesahkan bahawa si cilik rindukan abahnya.

Bukan salah Luqman, dah abah dia memang adorable..

Luqman, kita jumpa esok, doakan abah selamat dalam perjalanan. (Sedang mendengar nasyid Elaika, sungguh meruntun hati dan kalbu, hampir menitis air mata si abah yang keras hati ini..)

Saturday, September 16, 2006

Dia buka mata!

Anakku mula membuka mata pada hari kedua. Kadangkala dia tersenyum tatkala tidur. Dia dimasukkan ke neonatal ICU pada hari kelahirannya selama dua hari. Dia diberikan phototherapy selama dua hari. Beberapa ujian saringan dibuat untuk mengenalpasti sebab ubun2 kepalanya sedikit besar dari biasa. Alhamdulillah akhirnya dia didiscaj dari Hospital pada hari Ahad.
Setakat ini dia menyusu dan kokok (berak) sebagaimana lumrahnya budak2 lain. Kadangkala (dua jam sekali!) dia menangis minta susu. Isteriku pula baru nak belahar menyusu badan. Memang amat menyakitkan pada peringkat awalnya. Pelbagai cara dibuat untuk melegakan tekanan pada dadanya termasuklah penggunaan breast pump. Alhamdulillah semuanya semakin baik. Kesakitan pada luka caesar juga sedah berkurangan walaupun pada mulanya agak sayu melihat dia bersusah payah untuk bangun dari pembaringan. Mudah2an Allah memberikanmu sebaik2 kebajikan.
Biarlah Luqman baca sendiri entri blog ni bila dah besar panjang karang. Pandai2lah Luqman hargai jasa ibu. Pun peringatan buat kita semua yang bergelar anak!

Never Give Up!



Hampir seminggu aku meninggalkan anak dan isteriku di Kuala Lumpur. Terasa sepi keseorangan. Hanya gambar digital pengubat duka dan rindu. Anakku makin kuat menyusu gamaknya. Mungkin beratnya juga sudah bertambah. Insya Allah Jumaat karang abah terbang ke Kuala Lumpur melawat Luqman. Sekarang ni abah sibuk bekerja di Jab Kecemasan HUSM. Semalam abah kerja malam. Mujurlah tidak sibuk sangat. Alhamdulillah. Sekarang ni abah mengisi masa lapang menghadap laptop. Baca blog orang. Baca surat khabar online. Makan pun simple2 aje. Mungkin balik KL karang boleh makan masakan rumah.
Sekarang ni nak kena cari pengasuh la plak. Cuti sang istri pun tinggal sebulan lagi. Susah juga bila dua2 orang kerja. Anak tidakterjaga dengan sempurna. Pening juga kepala memikirkan. Mungkin aku patut cari pengasuh cepat2.

Tuesday, September 05, 2006

Hari ini Temujanji Dengan Doktor Kanak2


Luqman budak baik..
Luqman budak pintar..
Luqman lekas besar..
Mertuaku suka sebut macamtu kat anakku. Moga2 jadi doa. Hari ini ada temu janji di dengan doktor pediatrik di HUSM. Kami nak lihat laporan ultrasound kepala, ujian darah dan pemeriksaan am. Alhamdulillah semuanya normal. Cuma doktor inginkan kepastian dengan mengambil darah untuk ujian TFT (thyroid function test). Anakku 'behave'. Dia takde nak nangis2 menunjuk perasaan. Memang perangai ayah dia. Bagus anakku Luqman. Petang ni kita balik Temangan sebeluk bertolak ke KL ek? Oh ya, abah belum daftar nama Luqman lagi ni. Petang ni ek..

Ok, Luqman.. Tidur nyenyak nampak.. ?

Monday, September 04, 2006

Luqman Hakim


Nama: Muhd Luqman Hakim Mohd Zikri
Jantina : Lelaki
Berat: 2.7kg ketika lahir, 2.75 kg kelmarin
Hobi: Tidur mengiring sebab ukur lilit kepala 47cm ketika lahir (43cm kelmarin), hisap susu ibu, gemar didukung, tidur 20 jam sehari. Dengar Quran surah Luqman, Yasin, ratib Al Attas.
Keterangan gambar: Gambar diambil 30 minit selepas dilahirkan. Luqman lambat menangis lalu dibantu oleh doktor kanak-kanak. Luqman terpaksa dimasukkan ke wad NICU (neonate intensive care). Lepas 5 minit baru Luqman nangis, tupun perlahan-lahan. Luqman diberi rawatan fototerapi (jaundice?) tapi takpelah..Luqman tak kisah...

Abah caayang Luqman.. meh sini abah dukung..

Saat2 Kelahiran Si Luqman


Cemas
Berharap
Doa
Tawakal
Tak Percaya
Takut
Sihat ke?
Sakit?
Macam mana nak jaga?
Berapa kilo?
Eh, lelaki ke pompuan? Hari tu malu2 kepit kaki masa ultrasound :)
Cuti macam mana?
Nak balik KL bila?
Jadi ayah?

Anakku Tiba Ke Alam Dunia


Tarikh 24 Ogos 2006 telah menjadi suatu kenangan manis buat aku sekeluarga. Tepat jam 11.30 pagi kami menerima seorang ahli baru yang kecil, putih kemerah-merahan (?humaira' tapi lelaki), seberat 2.7 kg. Aku memanjatkan syukur ke hadrat Allah Taala kerana isteriku berjaya menempuhi ujian kedua selepas mengandung 49 minggu dua hari iaitu pembedahan Caesarian. Anakku songsang dan ibunya pula oligohydramnios (kurang cecair amnion)

Muhd Luqman Hakim bakal mewarnai usia perkahwinan setahun jagung ini.

Terima kasih kuucapkan kepada sang isteri yang tabah menempuhi keperitan mengandung di samping tugasan berat seorang doktor pelatih yang cukup2 letih. Moga ada bahagianmu di dunia dan Akhirat atas pengorbanan ini.

Friday, May 19, 2006

Selamat Hari Jadi Buat Sang Isteri

Selamat Hari Jadi Buat Sang Isteri
Kehadiranmu telah menjadi penambah seri hidupku
Tak sabar aku menanti hadiah perkongsian ini
Moga sang cilik yang bakal lahir menambah bahagia di hati
Kerana apalah erti hidup ini
Tanpa kebahagiaan yang terletak pada Hati..

Happy 25th bitrhday..
May Allah gives us the tawfeeq and blessings..

Saturday, April 15, 2006

Bengkel Riong: Penjimatan bahan api, belanja harian


HARGA petrol naik 10 sen lagi menjadikan RM1.62 sen seliter. Ini menyebabkan pemilik kenderaan terpaksa merancang perjalanan bagi memastikan duit tidak terlalu banyak dihabiskan untuk petrol.

Namun pengguna tidak hanya mengeluh kerana petrol naik, tapi ada perkara lain yang perlu difikirkan apabila kereta semakin banyak menggunakan petrol berbanding sebelum ini.

Ia mungkin disebabkan beberapa faktor seperti cara menggunakan gear, menekan pedal minyak dan menghidupkan kereta terlalu lama ketika berhenti.

Punca lain mungkin disebabkan oleh kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.

Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke kedai untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.

Sementara itu, Bengkel Riong turut memberikan beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda.

Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak terdapat di pasaran.

Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah.

Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.

Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan.

Apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol hingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi daripada tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.

Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

Alat membawa barang atas bumbung kereta atau MPV boleh menambah lima peratus penggunaan petrol. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika memecut.

Monday, April 10, 2006

The problem isn't with Islam, but with wackos



David Waters

March 12, 2006

I wish every Christian in America could have heard what I heard the other night.

Two of the nation's most learned and respected religious scholars came to Memphis to talk about Islam and civic responsibility, two topics that don't always seem to go together.


Honestly, don't you sometimes wonder -- even the most open-minded and big-hearted among you -- if there's some inherent flaw in Islam?

Something in the Koran that turns devoted believers into homicidal maniacs? Something about "Allah" that turns faithful followers of the Prophet Muhammad, peace be upon him, into terrorists and suicide bombers and angry mobs?

"There are a lot of crazy Muslims out there," one of the scholars acknowledged the other night.

"Wacky" was the word the other scholar used.

Such comments might have seemed inflammatory, except that they came from Shaykh Hamza Yusuf and Imam Zaid Shakir, both American-born converts to Islam, now two of the West's most influential Islamic scholars.

Before 9/11, both men were outspoken critics of American policy. Since then, both men have become two of the strongest and sanest Islamic voices for peace and civilized discourse.

Yusuf, 45, who grew up as Mark Hanson, a Greek Orthodox kid in suburban California, has become an adviser to President Bush.

"We Muslims have lost theologically sound understanding of our own teaching," Yusuf told The Guardian during the recent cartoon controversy.

"Islam has been hijacked by a discourse of anger and the rhetoric of rage. We have lost our bearings because we have lost our theology."

Shakir, 49, who grew up Baptist in inner-city Atlanta, served four years in the Air Force before his conversion.

"If we Muslims are going to contribute to changing how Islam and our Prophet are viewed in the West, we are going to have to change what we ourselves are doing to contribute to the caricaturing of Islam," Shakir wrote last month in a widely distributed essay.

"That change can only be affected by sound knowledge coupled with exalted practice, and reviving the lofty ethical ideal of our beloved Prophet."

Both men spoke extensively about the ethics of Islam the other night at the program sponsored by Muslims in Memphis.

They said the Prophet Muhammad would abhor the violence that is committed in the name of Allah. They called on true believers to defend the faith with love, compassion and humility, not anger, hatred and violence.

"The disgraceful behavior of many Muslims is a failure of adherence to the faith, a failure to live up to the true ideals of Islam," Yusuf said.

They referred often to the sayings of Muhammad, which include: Love for humanity what you love for yourself.

That's how most Muslims here and around the world practice their faith. There are more than a billion Muslims in the world. Nearly all of them are good, decent, kind, sane, faithful and law-abiding folks.

Yes, there are some crazy, wacky Muslims out there. The world has known more than a few crazy, wacky Christians, too. So-called Christians who sicced dogs on black children or lynched black men, who burned crosses or fellow Christians at the stake, who massacred Jews or annihilated native civilizations.

The inherent flaw in Islam is the same inherent flaw in all religions.

Divine instructions must be interpreted and applied by mortal beings

My 'Idola'

Syed Muhammad Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin al-Attas (1931-)

Syed Muhammad Naquib al-Attas, born September 5, 1931 in Bogor, Java, is a prominent contemporary Muslim thinker. He is one of the few contemporary scholars who is thoroughly rooted in the traditional Islamic sciences and who is equally competent in theology, philosophy, metaphysics, history, and literature. His thought is integrated, multifaceted and creative. Al-Attas’ philosophy and methodology of education have one goal: Islamization of the mind, body and soul and its effects on the personal and collective life on Muslims as well as others, including the spiritual and physical non-human environment. He is the author of twenty-seven authoritative works on various aspects of Islamic thought and civilization, particularly on Sufism, cosmology, metaphysics, philosophy and Malay language and literature.

Al-Attas was born into a family with a history of illustrious ancestors, saints, and scholars. He received a thorough education in Islamic sciences, Malay language, literature and culture. His formal primary education began at age 5 in Johor, Malaysia, but during the Japanese occupation of Malaysia, he went to school in Java, in Madrasah Al-`Urwatu’l-wuthqa, studying in Arabic. After World War II in 1946 he returned to Johor to complete his secondary education. He was exposed to Malay literature, history, religion, and western classics in English, and in a cultured social atmosphere developed a keen aesthetic sensitivity. This nurtured in al-Attas an exquisite style and precise vocabulary that were unique to his Malay writings and language. After al-Attas finished secondary school in 1951, he entered the Malay Regiment as cadet officer no. 6675. There he was selected to study at Eton Hall, Chester, Wales and later at the Royal Military Academy, Sandhurst, England (952 -55). This gave him insight into the spirit and style of British society. During this time he was drawn to the metaphysics of the Sufis, especially works of Jami, which he found in the library of the Academy. He traveled widely, drawn especially to Spain and North Africa where Islamic heritage had a profound influence on him. Al-Attas felt the need to study, and voluntarily resigned from the King’s Commission to serve in the Royal Malay Regiment, in order to pursue studies at the University of Malaya in Singapore 1957-59. While undergraduate at University of Malay, he wrote Rangkaian Ruba`iyat, a literary work, and Some Aspects of Sufism as Understood and Practised among the Malays. He was awarded the Canada Council Fellowship for three years of study at the Institute of Islamic Studies at McGill University in Montreal. He received the M.A. degree with distinction in Islamic philosophy in 1962, with his thesis “Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh” . Al-Attas went on to the School of Oriental and African Studies, University of London where he worked with Professor A. J. Arberry of Cambridge and Dr. Martin Lings. His doctoral thesis (1962) was a two-volume work on the mysticism of Hamzah Fansuri.

In 1965, Dr. al-Attas returned to Malaysia and became Head of the Division of Literature in the Department of Malay Studies at the University of Malay, Kuala Lumpur. He was Dean of the Faculty of Arts from 1968-70. Thereafter he moved to the new National University of Malaysia, as Head of the Department of Malay Language and Literature and then Dean of the Faculty of Arts. He strongly advocated the use of Malay as the language of instruction at the university level and proposed an integrated method of studying Malay language, literature and culture so that the role and influence of Islam and its relationship with other languages and cultures would be studied with clarity. He founded and directed the Institute of Malay Language, Literature, and Culture (IBKKM) at the National University of Malaysia in 1973 to carry out his vision.

In 1987, with al-Attas as founder and director, the International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) was established in Kuala-Lumpur. This institution strives to bring an integrated Islamization into the consciousness of its students and faculty. Al-Attas envisioned the plan and design of every aspect of ISTAC, and has incorporated Islamic artistic and architectural principles throughout the campus and grounds.

Al-Attas maintains that modern science sees things as mere things, and that it has reduced the study of the phenomenal world to an end in itself. Certainly this has brought material benefits, however it is accompanied by an uncontrollable and insatiable propensity to destroy nature itself. Al-Attas maintains a firm critique that to study and use nature without a higher spiritual end has brought mankind to the state of thinking that men are gods or His co-partners. “Devoid of real purpose, the pursuit of knowledge becomes a deviation from the truth, which necessarily puts into question the validity of such knowledge. [Islam and Secularism, p.36]

Al-Attas views Western civilization as constantly changing and ‘becoming’ without ever achieving ‘being’. He analyzes that many institutions and nations are influenced by this spirit of the West and they continually revise and change their basic developmental goals and educational objectives to follow the trends from the West. He points to Islamic metaphysics which shows that Reality is composed of both permanence and change; the underlying permanent aspects of the external world are perpetually undergoing change [Islam and Secularism, p.82]

For al-Attas, Islamic metaphysics is a unified system that discloses the ultimate nature of Reality in positive terms, integrating reason and experience with other higher orders in the suprarational and transempirical levels of human consciousness. He sees this from the perspective of philosophical Sufism. “No formulation of a philosophy of education and a philosophy of science along Islamic lines can be developed by ignoring the great contributions of the Sufi masters on the ultimate nature of reality.” [in the conclusion of his Commentary on Hujjat al-Siddiq]. Al-Attas says that the Essentialist and the Existentialists schools of the Islamic tradition address the nature of reality. The first is represented by philosophers and theologians, and the latter by Sufis. The Essentialists cling to the principle of mahiyyah (quiddity), whereas the Existentialists are rooted in wujud (the fundamental reality of existence) which is direct intuitive experience, not merely based on rational analysis or discursive reasoning. This has undoubtedly led philosophical and scientific speculations to be preoccupied with things and their essences at the expense of existence itself, thereby making the study of nature an end in itself. Al-Attas maintains that in the extra-mental reality, it is wujud (Existence) that is the real ‘essences’ of things and that what is conceptually posited as mahiyyah (‘essences’ or ‘quiddities’) are in reality accidents of existence. This is al-Haqq, the Truth, a wajh (aspect) of God. [Intuition of Existence, p. 6, 7]

The process of creation or bringing into existence and annihilation or returning to non-existence, and recreation of similars is a dynamic existential movement. There is a principle of unity and a principle of diversity in creation. “The multiplicity of existents that results is not in the one reality of existence, but in the manifold aspects of the recipients of existence in the various degrees, each according to its strength or weakness, perfection or imperfection, and priority or posteriority. Thus the multiplicity of existents does not impair the unity of existence, for each existent is a mode of existence and does not have a separate ontological status” [On Quiddity and Essence, p.33]. He clarifies that the Essence of God is absolutely transcendent and is unknown and unknowable, except to Himself, whereas the essence or reality of a thing consists of a mode of existence providing the permanent aspect of the thing, and its quiddity, endowing it with its changing qualities.

Al-Attas makes no attempts to accommodate modern Western scientific spirit through a reinterpretation of Islam, or to naively import Western technological skills and products while simultaneously keeping intact the traditional understanding of religion. Problems in the world, he says, are not because of illiteracy or ignorance of modern knowledge; the reasons are epistemological and metaphysical. Modern sciences must be acquired, but their philosophical foundations must be recast into the Islamic metaphysical framework. “We do affirm that religion is in harmony with science. But this does not mean that religion is in harmony with modern scientific methodology and philosophy of science. Since there is no science that is free of value, we must intelligently investigate and study the values and judgments that are inherent in, or aligned to, the presuppositions and interpretations of modern science. We must not indifferently and uncritically accept each new scientific or philosophical theory without first understanding its implication and testing the validity of values that go along with the theory. Islam possesses within itself the source of its claim to truth, and does not need scientific or philosophical theories to justify such a claim. Moreover, it is not the concern of Islam to fear scientific discoveries that could contradict the validity of its truth.” [Prolegomena, p. 38]

Islamic science must interpret the facts of existence in correspondence with the Qur’anic system of conceptual interrelations and its methods of interpretation, not the other way around, by interpreting the system in correspondence with the facts.

Since the role of science is to be descriptive of facts, and facts undergo continual change by virtue of their underlying reality which is process, modern philosophy and science, in a secular way, consider change to be the ultimate nature of reality. Al-Attas maintains that reality is at once both permanence and change, not in the sense that change is permanent, but in the sense that there is something permanent whereby change occurs. Change does not occur at the level of phenomenal things, for they are ever-perishing, but at the level of their realities which contain within themselves all their future states.

Al-Attas advocates that the categories of knowledge which were fundamental to the Islamic tradition are fundamental to any real modern education. In the traditional Islamic worldview, knowledge was of two kinds, the open-ended fard kifayah knowledge, which includes the natural, physical and applied sciences, and the fard `ayn, the absolute nature of the knowledge pertaining to God and the spiritual realities and moral truths. Fard `ayn knowledge is not static, but dynamic, and it increases according to the spiritual and intellectual abilities as well as social and professional responsibilities of a person. Contemporary modern knowledge needs to be delivered from its interpretations based on secular ideology. This requires “a critical examination of the methods of modern science; its concepts, presuppositions, and symbols; its empirical and rational aspects, and those impinging upon values and ethics; its interpretations of origins; its theory of knowledge; its presuppositions on the existence of an external world, of the uniformity of nature and of the rationality of natural processes; its theory of the universe; its classification of the sciences; its limitations and inter-relations with one another of the sciences, and its social relations” [Prolegomena, p. 114].

Science, according to Al-Attas, is a kind of ta’wil or allegorical interpretation of the empirical things that constitute the world of nature [Islam and the Philosophy of Science, p. 116]. The natural world is a book with knowledge; but that knowledge is not evident merely from the physical phenomena; they are nothing but signs, the meaning of which can be understood by those who are equipped with proper knowledge, wisdom and spiritual discernment. Some natural phenomena are obvious as to their meaning, while other natural things are ambiguous; similarly there are clear verses (muhkamat) of the Qur’an, while other verses are ambiguous (mutashabihat). The scientifically relevant verses in the Qur’an necessarily open themselves for further interpretation, based on the cumulative knowledge of future generations. He says that the fact that the early Muslims were not cognizant of the many scientific truths embedded in the Qur’an proves that the discoveries of these truths will not contradict its universal spiritual and religious-moral teachings.

The signs of the external world must be understood via the same method as the valid interpretation and understanding of the written words of the Qur’an, namely through tafsir (direct interpretation) and ta’wil, a deeper and allegorical interpretation based on the clear and direct words. Similarly, religion is constituted by established (i.e. Shari`ah) and ambiguous (Haqiqah), aspects of the same reality and truth, and the reality of the latter is based upon the established truth of the former. [Commentary on Hujjat al-Siddi, p. 183]

Al-Attas says that the constituent parts of the fundamental bases of Islamic metaphysics are: the primacy of the reality of existence; the dynamic nature of this reality that is continually unfolding itself in systematic gradation from the degrees of absoluteness to those of manifestation; determination, and individuation; the perpetual process of the new creation; the absence of a necessary relation between cause and effect and its explanation in the Divine causality; the third metaphysical category between existence and non-existence (the realm of the permanent entities); and the metaphysics of change and permanence pertaining to the realities. It is within the framework of this metaphysics that the philosophy of science must be formulated. [Islam and the Philosophy of Science, p. 35, 36]

For more information, please see: http://61.6.32.133/istac/Founder/founderpage.htm

Works by Syed Muhammad Naquib Al-Attas,

published by the International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)

(1970, reprinted in 1984), The Correct Date of the Terengganu Inscription, Kuala Lumpur Museum Department.

(1975), Comments on the Re-Examination of Al-Raniri’s Hujjat au’l Siddiq: A Refutation, Kuala Lumpur Museum Department.

(1978, reprinted in 1993), Islam and Secularism.

(1980), The Concept of Education in Islam.

(1988), The Oldest Known malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the `Aqa’id of al-Nasafi.

(1989), Islam and the Philosophy of Science.

(1990), The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul.

(1990), On Quiddity and Essence.

(1990), The Intuition of Existence.

(1992), The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality.

(1993), The Meaning and Experience of Happiness in Islam.

(1994), The Degrees of Existence.

(1995), Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam.

Also, see: Wan Mohd Nor Wan Daud (1998), The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib Al-Attas: An Exposition of the Original Concept of Islamization, ISTAC, Kuala Lumpur.

ADAB & TA’DIB: MASALAH DALAMAN KAUM MUSLIMIN ..

ADAB & TA’DIB: MASALAH DALAMAN KAUM MUSLIMIN DAN
BEBERAPA ISU PENDIDIKAN ISLAM
Oleh: Mohd. Sani Badron


A. PENGENALAN

1. Keadaan umat Islam 200 tahun terakhir ini sangat-sangat buruk: kemelut ilmu; kegawatan iman; dan penghinaan oleh Penjajah Barat yang memperhambakan dan memecahbelahkan umat melalui 'senjata' pemikiran sekular seperti konsep-konsep kenegaraan, politik, pendidikan dan ilmu.

2. Ilmuwan dari aliran Islam berjasa menyedarkan umat supaya jangan bertempiaran sebaliknya percaya kepada kebolehan diri sendiri dan Islam, ada optimisme. Walau bagaimanapun, ramai yang tersilap besar dengan mengkritik para ilmuwan agung Islam silam dan tradisi pemikiran mereka.


3. Keadaan buruk ini — dan kesilapan besar dalam menyelesaikannya – dinamakan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagai dilema: keadaan yang amat sukar dan sulit, lagi genting dan membingungkan.

4. Menurut beliau, punca kepada dilema tersebut datang dari 2 jurusan: luaran dan dalaman. Punca luarannya adalah PERTEMBUNGAN BERSEJARAH OLEH BARAT dalam agama (penciptaan Kristian pada awal Zaman Pertengahan), ketenteraan (Peperangan Salib, Reconquista, dll pada akhir Zaman Pertengahan) dan ilmu (zaman moden dan pasca-moden).


B. KEKELIRUAN ILMU, KERUNTUHAN ADAB, KEPEMIMPINAN PALSU

1. Ramai terkeliru mengenai masalah sebenar umat dan punca-puncanya. Ada yang menyalahkan madhhab-madhhab Islam sebagai membekukan kreativiti dan pemikiran umat. Ada pula yang menyalahkan Tasauf dan tarikat sebagai sebab kemerosotan umat Islam.

2. Ramai juga yang menganggap penyelewengan pemerintahan politik (dan kepimpinan yang selainnya) sebagai masalah terbesar. Ia cuba diatasi dengan merebut kuasa politik dalam masyarakat dan negara. Bagaimanapun, menurut Prof. al-Attas, penyelewengan kepemimpinan, sungguhpun benar, hanyalah masalah yang bersifat luaran yang sebenarnya membayangkan punca-punca masalah yang lebih dalam lagi mengakar.

3. Menurut Prof. al-Attas, punca dalaman kegentingan umat kini adalah KERUNTUHAN ADAB (loss of discipline).

4. Silap faham makna ADAB yang dibataskan kepada sopan-santun kepada orang-orang atau etiquette jamuan santapan sahaja.

5. Makna sebenar ADAB: right action, "perlakuan yang tepat," "perilaku yang betul," "pengamalan yang benar," "perbuatan yang baik" dalam sebarang keadaan – pemaduan antara ilmu dan amal, pengetahuan dan perbuatan, teori dan praktis, pengenalan dan pengakuan.

6. Contoh-contoh ADAB (untuk satu gambaran menyeluruh):

i. kepada diri sendiri: diri kehaiwanan berserah untuk dikawal oleh diri akliah
ii. kepada sesama manusia: keluarga dan anggota keluarga: ibu-bapa dan orang-orang tua; guru, kawan-kawan, masyarakat, pemimpin
iii. kepada bahasa: perkataan; ayat, rangkap kata, prosa, puisi - persuratan
iv. kepada alam tabii dan persekitarannya: pokok dan batu, gunung dan bukit, sungai, lembah dan tasik, haiwan dan habitatnya
v. kepada tempat kediaman dan alat perabotnya: alat perkakasan dan hiasan
vi. kepada warna, rupabentuk dan bunyi: seni lukis dan seni bunyi-bunyian
vii. kepada ilmu: pembahagian ilmu, ilmu aqli diseimbangkan dengan ilmu naqli, ilmu fardu 'ayn diseimbangkan dengan ilmu fardu kifayah

dan seterusnya...

7. Krisis alam sekitar; pencemaran udara, air, sungai dan lembah; penggondolan hutan belantara dan bukit-bukau; kepupusan spesies tumbuh-tumbuhan dan haiwan; bangunan-bangunan tanpa jatidiri Islam; kecelaruan jalan raya dan tempat tinggal; kegawatan bahasa, kesusasteraan dan kemelut seni; masalah-masalah besar rumahtangga; dan, ketidakbahagiaan diri – kesemuanya membayangkan KERUNTUHAN ADAB. Justeru itu juga aib umat Islam—yang sepatutnya menjadi umat terbaik (khayr ummah, ummah wasat)—yang telah sekian lama dipermalukan dan mendapat tamparan hebat dalam setiap urusan antarabangsa.

8. Adab membayangkan adanya KEADILAN (iaitu MENEMPATKAN SESUATU PADA TEMPATNYA YANG SEBENAR); keruntuhan adab membayangkan keruntuhan keadilan; keruntuhan keadilan pula membayangkan KEKELIRUAN ILMU-ILMU KEISLAMAN.

9. [1] KEKELIRUAN ILMU dan [2] KERUNTUHAN ADAB menyebabkan para pemimpin yang hakiki tidak lagi dikenal, diakui dan diiktiraf. Ini menjelmakan [3] PEMIMPIN YANG TIDAK MEMPUNYAI KELAYAKAN dari segi akhlak, akal dan rohaniah. Pemimpin-pemimpin sebegini—untuk mengekalkan kuasa mereka—akan meneruskan kekeliruan ilmu dalam masyarakat, keruntuhan adab dan penghasilan pimpinan pelapis sepertinya. Ketiga-tiga punca itu saling berkaitan dan berturutan (vicious circle): satu lingkaran yang rumit lagi tiada hujung pangkalnya.

10. Walaubagaimanapun, antara ketiga-tiganya, sebab yang utama adalah KEKELIRUAN ILMU. Untuk mengatasinya dan memutuskan vicious circle tersebut, pertama sekali harus diselesaikan masalah KERUNTUHAN ADAB terhadap ilmu-ilmu lslam, ilmuwan-ilmuwannya dan institusi-institusinya seperti madhhab-madhhab yang berkewibawaan.

11. Contoh al-Qur'an al-Karim – Sumber Ilmu; tetapi hanya boleh disentuh secara beradab, iaitu setelah bersuci daripada hadas.

12. Adab terhadap ilmu-ilmu keislaman:-

i. menghormati keagungannya, bersikap tawaduk dan rendah diri;
ii. tidak bersikap melulu, menganggapnya sembarangan, terbuka kepada semua orang, tanpa mengira niat, kemampuan dan kelengkapan akliah, rohaniah dan akhlak;
iii. mengenal dan mengakui kewibawaan ilmiah para ilmuwan dengan martabat dan darjatnya masing-masing sejajar dengan ilmu, kebijaksanaan (hikmah) dan kecemerlangan mutu pengabdian terhadap Tuhan (ihsan), berpuncak pada Rasulullah s.a.w.: iaitu dengan bersikap tawaduk, hormat, merendah diri, kasih, ikhlas dan insaf menerima pentafsiran dan penjelasan ilmu mereka.


C. MASALAH PENYAMARATAAN TARAF KEWIBAWAAN ILMU

1. Antara ciri keruntuhan adab terhadap ilmu keislaman: menyamaratakan taraf semua orang: sesiapa sahaja sama-sama boleh memberikan pandangan yang melibatkan ilmu, termasuk yang tiada atau kurang berkewibawaan.

2. Kritikan dan gugatan ilmuwan moden—tanpa benar-benar menguasai—terhadap tradisi (madhhab) dan para ilmuwan silam, seperti al-Shafi’i, al-Ash'ari, al-Ghazali; malahan terhadap ajaran-ajaran Tasauf dan para awliya'nya.

3. Sebenarnya, walaupun semua manusia sama sejenis, darjat mereka berbeza-beza. Kemuliaan di sisi Allah sejajar dengan ketaqwaan masing-masing: daya akalnya, kecemerlangan mutu pengabdian dirinya kepada Allah dan pengalaman rohaniahnya.

4. Kiasan: lilin-lilin yang diperbuat daripada lemak yg sama, kesemuanya mengeluarkan api. Tetapi, masing-masingnya berbeza panjang pendek, besar atau kecil, berbeza-beza warna dan rupa; bahkan berlainan kebesaran nyala dan cahayanya, yang merupakan ukuran penilaiannya masing-masing.

5. Teladan: Kisah Nabi Adam. Malaikat melihat ruhnya, lalu sujud kepadanya --> bukan menyembahnya, bahkan taat kepada Allah. Iblis hanya melihat lempung (tanah liat), lalu enggan sujud --> kufurkan Allah.

6. Aplikasi faham martabat dan darjat kepada mereka yang berkewibawaan ilmu:-

i. para Anbia dan Mursalin yang dimohori oleh Rasulullah s.a.w.
ii. para awliya' Allah
iii. para mujtahid dan ilmuwan yang agung
dan seterusnya…

[Walau bagaimanapun, lslam menafikan sistem darjat palsu rekaan manusia seperti Brahmanisme; kepaderian; atau bangsa pilihan (Yahudi, Nazisme)]

7. Antara akibat daripada penyamarataan autoriti, di mana semua orang boleh memberikan pendapat berkenaan ilmu:-

i. al-Qur'an disamakan dengan buku-buku lain: boleh ditafsirkan sendiri, ditafsirkan mengikut kehendak zaman moden (Barat), menggunakan metodologi-metodologi Barat, seperti hermeneutik, feminisme, dsbg.

ii. Islam disamakan dengan agama-agama lain: semuanya baik dan benar.

iii. Rasulullah s.a.w. disamakan dengan para Rasul dan Nabi yang lain, dan disamakan dengan manusia lain: hujah "qul innama ana bashar mithlukum" – sirah Nabi dipisahkan daripada mukjizatnya.

iv. Para Sahabat Nabi juga disamakan dengan manusia lain.

v. ilmu agama tentang Kebenaran dan Hakikat disamakan dengan ilmu pengetahuan biasa.

vi. pemimpin masyarakat yang layak disamakan dengan yang tidak dan kurang.

vii. kehidupan akhirat disamakan dengan kehidupan duniawi.

sedangkan kesemuanya ada nilai yang berbeza peringkat-peringkatnya


D. ILMUWAN PALSU DAN PEMERINTAH PALSU

1. Al-Qur'an dan al-Sunnah adalah sumber para Imam merumuskan panduan-panduan kehidupan (usul). Berdasarkan kepada garis-garis panduan inilah huraian-huraian yang selanjutnya ditambah dan dimajukan oleh para pakar sehingga berkembang dan terbinanya madhhab.

2. Kalau dibandingkan kehidupan dan karya-karya mereka, para ilmuwan yang suka mengkritik ulama silam dan madhhab sebenarnya adalah lemah ilmu: tiada daya ijtihad, kehalusan penyelidikan, ketajaman fikiran, kedalaman pandangan batin dan sifat amanah seperti para ulama silam itu.

3. Sebaliknya, ulama palsu hanya gemar bertelingkah, tidak putus-putus bertentang faham (malahan sebahagiannya kafir-mengkafir) dalam perkara-perkara remeh.

4. Mereka asyik menekankan perbezaan-perbezaan dalam dan antara mazhab, dan membataskan ilmu pada fiqh semata-mata.

5. Ramai para pemerintah politik yang turut gemarkan peperangan yang berpanjangan, merosakkan umat, menimbulkan kekacauan besar. Contoh: Timurlane tidak menakluk Rusia dan China tetapi menjajah Parsi, Turki, Mesir.


E. PENYAMARATAAN ILMU FARDU ‘AYN DAN FARDU KIFAYAH

1. Ilmu fardu ‘ayn bersumberkan Wahyu, ilmu fardu kifayah bersumberkan akal fikiran.

2. Ilmu fardu 'ayn ilmu panduan (kehidupan), ilmu fardu kifayah ilmu alat.

3. Sepatutnya, sistem pendidikan Islam sentiasa seimbang antara ilmu fardu 'ayn dengan ilmu fardu kifayah dalam setiap peringkat.

4. Ibarat dua mata yang seimbang memiliki satu pandangan yang jitu.

5. Ketidakseimbangan ilmu fardu 'ayn dengan fardu kifayah menyebabkan ilmu fardu 'ayn terbantut pada peringkat kanak-kanak, tidak bertambah, tidak berkembang; sebaliknya ilmu fardu kifayah di sepanjang hayat bertambah berkali-kali ganda, terus-terusan berkembang. Ini melahirkan pemimpin masyarakat yang lemah keislamannya lagi berbahaya. Ini juga menyebabkan Islam tampak sebagai gagal menyahut tantangan zaman sehingga ditanggapi sebagai tidak relevan dengan pembangunan dan kemajuan masyarakat.

6. Penyamarataan ilmu menyebabkan metodologi rasional (ilmu fardu kifayah) dikenakan kepada ilmu fardu 'ayn.

7. Penyamarataan ilmu akhirnya menyebabkan yang fardu kifayah dilebihkan daripada yang fardu 'ayn.

8. Keseimbangan ilmu fardu kifayah dan fardu 'ayn mampu melahirkan pandangan hidup Islam yang bermakna, pendidikan Islam yang tertib, dam seterusnya Muslimin yang cemerlang dan serba-sedia untuk menegakkan negara Islam dan ummah yang kukuh.


F. SEKULARIS MENYADUR METODOLOGI, HASIL PEMIKIRAN DAN AMALAN BARAT

1. Golongan terpelajar—pemimpin dalam tiap sektor masyarakat--memahami Islam dengan sangat minima, tidak sepadan dengan kedudukan sosialnya yang sangat strategik, telah menerimapakai metodologi, hasil pemikiran dan amalan Barat.

2. Contohnya kekeliruan mengenai konsep KEBEBASAN (seperti hak-hak asasi, kesamaan antara semua manusia dan toleransi), NILAI-NILAI dan KEBAIKAN, KEBAHAGIAAN, PERUBAHAN SOSIAL, PEMBANGUNAN MASYARAKAT dan KEMAJUAN NEGARA. Konsep-konsep ini biasanya difahami dalam semangat kebudayaan Barat yang berteraskan ideologi-ideologi SEKULAR (seperti EVOLUSIONISME, SOSIALISME, DEMOKRASI), DUALISME, HUMANISME dan TRAGEDI. Semua ini mencerminkan kekeliruan mengenai faham KETUHANAN, WAHYU, ALAM SEMESTA, INSAN, ILMU, AGAMA, dan seterusnya.

3. Berlaku dalam bidang falsafah, antropologi, sosiologi, linguistik, psikologi dan pedagogi.

4. Polisi-polisi Negara dan dasar-dasar masyarakat lazimnya adalah saduran Barat.

5. Golongan ini malas dari segi akal dan ilmu, kurang kreativiti, tidak mampu berijtihad. Mereka membiarkan para pemikir Barat mengenalpasti dan memikirkan sesuatu isu, dan mencadangkan penyelesaiannya; lalu mereka ambil, disesuai dan diselaraskan dengan Islam secara longgar. Begitu juga dalam amalan-amalan pendidikan, ekonomi, kewangan, undang-undang, dll.

6. Sepatutnya, kita memahami al-Qur'an dan al-Sunnah, dan khazanah ilmu yang menghuraikan ajarannya oleh para mujtahid silam; dan kemudian mengemukakan konsep-konsep kita sendiri dengan penuh kreativiti dan originaliti.

7. Pemutusan umat daripada sumber-sumber asli dan hasil-hasil tulen ilmiah Islam, yang metodologi dan konsepnya hanya boleh difahami dengan persiapan akliah, rohaniah dan kebahasaan Islam khasnya bahasa al-Qur'an dan al-Sunnah.

8. Ibarat anak yang kurang ajar menutup telinga daripada nasihat ayahnya yang baik dan bijaksana, tekun mendengar pendapat orang asing.

9. Ibarat hamba Barat— mengekor sahaja—masyarakat perpinggiran yang asing dan berpecah belah.

10. Contoh di Alam Melayu: proses pemisahan bahasa Melayu daripada al-Qur'an – perumian telah memutuskannya daripada pemikiran dan tamadun Islam lampau.

11. Ibarat wakil Barat, ancaman luaran telah menjadi tantangan dalaman; ibarat dar al-harb telah menjelajah dar al-Islam; umpama musuh dalam selimut; umpama musang berbulu ayam.


G. TASAUF, TARIQAT DAN KEMUNDURAN UMAT

1. Dalam abad ke-13 umat Islam mengalami huru-hara dan malapetaka dalam bentuk gelombang Perang Salib (melawan seluruh bangsa Eropah), dan Peperangan dengan Bangsa Gasar Tartar dan Mongol; di samping perang-perang saudara sesama kaum Muslimin yang lain.

2. Tariqat tasauf mula diperkenalkan demi mengukuhkan iman dan akhlak, memantapkan tamadun Islam dengan kesusasteraan yang amat agung, indah dan berseni.

3. Tasauf adalah dimensi dalaman Islam: pendalaman shari'ah melibatkan keikhlasan dan kebenaran; pengabdian dirinya yang cemerlang; ibadat berserta cahaya pengenalan akliah dan pengertian rohaniah mengenai pelbagai hakikat (maratib al-haqa’iq al-wujudiyyah), iaitu sumber adab sejati; asasnya keyakinan atau hikmah ilahiyyah atau al-'ilm al-ladunniy atau 'ilmu wahbi.

4. Peristilahan, konsep-konsep, huraian-huraian, dan amalan-amalan Tasauf yang tulen datang daripada al-Quran dan al-Sunnah.

5. Para penghurai dan pengamal Tasauf yang tulen adalah para awliya’.

6. Mulai abad ke- 15, keruntuhan adab menyusup dalam tarikat Tasauf: kejahilan, salahfaham, salahkena, salahamal. Timbulnya pelbagai kekeliruan, kerosakan, keterlaluan, penyelewengan dari lslam.

7. Harus dibezakan dengan sejelas-jelasnya antara yang benar dan yang palsu, dan salahkan yang palsu. Jangan membersihkan Islam dari noda-noda kekotoran (tasauf) hingga merosakkan agama—ibarat menggunakan sabun pembersih yang berlebihan atau salah jenis—hingga timbul kemerosotan dalam amalan-amalan Islam seperti zikir, muraqabah, mushahadah, dan salat sunat; hingga timbul kesangsian terhadap kebenaran dan kejujuran imam mujtahidin, ulama yang benar dan para awliya’ yang memimpin kita.

8. Kiasan: Anak murid dengan Gurunya mengenai titik-titik hitam di tembok.
H. MAKNA TA'DIB

1. Ta'dib, atau Pengadaban, yakni pendidikan Islam, dari peringkat tinggi, menengah hingga rendah, dari ilmu fardu 'ayn hingga ilmu fardu kifayah, mencerminkan manusia dan hakikat dirinya.

2. Makna Ta'dib (Pendidikan lslam): proses dan usaha bagi menyerapkan, memupuk dan menjelmakan adab pada diri manusia. Ia melibatkan:

i. mendisiplinkan diri akliah dan rohaniah
ii. memperoleh ciri-ciri akliah dan rohaniah yang cemerlang (mahmudah)
iii. melaksanakan perbuatan yang betul lagi tepat, bukan yang salah dan silap
iv. memelihara diri daripada kesalahan dalam ilmu dan daripada aib
v. mengenali dan mengakui 'tempat' yang betul dan tepat bagi segala sesuatu
vi. kaedah mengetahui hingga terzahir keadilan (iaitu keadaan berada dalam tempat yang betul dan tepat)
vii. cerminan keadilan yang tergambar dalam hikmah


I. APLIKASI TA’DIB: ILMU-ILMU FARDU 'AYN

1. Perlu ada keseimbangan pengajaran ilmu fardu 'ayn dan ilmu fardu kifayah dalam setiap peringkat: taman asuhan, sekolah rendah, sekolah menengah, maktab, universiti, sewaktu bekerja, dan seterusnya selepas bersara.

2. Silap faham makna ilmu fardu 'ayn:-

i. dari segi kandungan: terbatas dan habis setakat belajar membaca al-Qur'an, hadis 40, hukum-hakam sembahyang, puasa, zakat dan haji, dan sifat 20, iaitu mengenai asas agama secara yang paling mudah

ii. dari segi peringkat: terbatas, statik dan habis setakat peringkat kanak-kanak, setakat tadika, sekolah rendah agama dan satu matapelajaran sekolah menengah. Hampir-hampir tiada di peringkat institusi-institusi pengajian tinggi dan tiada sesudah universiti (ketika bekerja). Selepas bersara???

3. Makna sebenar ilmu fardu 'ayn adalah dinamik dan tidak statik: -

i. i’tiqad atau simpulan kepercayaan dan keyakinan hati dan pembenarannya (ithbat) secara tetap, kekal, kukuh dan tidak berubah-ubah di dalam diri mengenai perkara-perkara asas dalam Agama Islam yang terkandung dalam makna dua kalimah shahadah – berkembang menurut getaran, goncangan, kerisauan, kebimbangan, kekhuatiran dan keraguan hati terhadap perkara-perkara tersebut – sama ada berpunca dari tabiat, watak, perangai atau pembawaan sendiri atau pengaruh masyarakat – perkara-perkara yang direka-reka dalam akidah dan kemunkaran akidah seperti anti-hadith dan mencela sahabat - seperti sekularisasi sebagai program falsafah, kebudayaan dunia Barat dan seterusnya

ii. perbuatan yang wajib dilaksanakan – berkembang mengikut masa – kiasan sembahyang lima waktu, puasa ramadan, zakat harta, haji dan seterusnya – semakin lama seseorang itu hidup, semakin berkembanglah ruanglingkup ilmu-ilmu fardu 'aynnya –

iii. perkara yang wajib ditinggalkan - berkembang menurut keadaan seseorang yang berbeza-beza antara satu sama lain - contohnya bisu, buta, orang ulu berbanding dengan orang yang sempuma - apa yang terlepas daripada kita, tidaklah diwajibkan mempelajarinya; apa yang tidak terlepas daripada kita, wajiblah mempelajarinya - seperti makan-minum, pakaian, hubungan lelaki perempuan, dan seterusnya

iv. keinginan, kesukaan, bisikan-bisikan musuh dan langkah malaikat kebiasaannya manusia tidak terlepas dari panggilan kejahatan, riya', dengki dan sifat-sifat tercela yang selainnya - ilmu sifat-sifat yang membinasakan diri yang perlu - definisi dan batasnya, sebab-sebabnya, tanda-tandanya dan cara mengubatinya

v. risalah – syurga, neraka, kebangkitan dari kubur, pengumpulan di padang mahsyar, azab kubur

4. Panduan al-Imam al-Ghazzali dalam Ihya' 'Ulum al-Din: Setiap hamba Allah dalam perkembangan hal-ehwalnya, siangnya dan malamnya, adalah tidak terlepas dari kejadian-kejadian dan susulan terhadap kejadian-kejadian tersebut yang berkaitan dengan ibadahnya dan mu'amalahnya secara terus menerus. Maka lazimkanlah bertanya tentang kejadian-kejadian yang jarang terjadi dan wajiblah bersegera mempelajari apa yang biasanya terjadi dalam waktu dekat

5. Menurut al-Khawarizmi dalam Mubid al-Humum wa Mufid al-‘Ulum, ilmu fardu 'ayn wajib ke atas semua manusia:-

a. masyarakat awam atau golongan terpilih,
b. pemerintah atau menteri,
c. yang merdeka atau hamba,
d. yang tua dan yang muda,
dan seterusnya....

contohnya,
syarat-syarat mu'amalah bagi seorang peniaga
hukum-hakam perkahwinan (pertunangan, pernikahan, beranak-pinak) bagi seorang yang berumahtangga
hukum-hakam pemerintahan dan kepemimpinan bagi seseorang pemerintah seperti hak-hak dan cara-cara memenuhi hak-hak rakyat, syarat-syarat siasah dan politik
perniagaan yang diharamkan dan terma-terma yang batal bagi seseorang peniaga


J. APLIKASI TA'DIB: ILMU-ILMU FARDU KIFAYAH

1. Ilmu-ilmu bukan-Shari'ah yang terpuji yang tidak dapat dikesampingkan dalam menegakkan urusan duniawi. Jelasnya ilmu-ilmu kemanusiaan, sains tabii, sains gunaan, teknologi, perbandingan agama, kebudayaan dan tamadun Barat, ilmu-ilmu bahasa, sejarah dan seterusnya lagi.

2. Ilmu-ilmu Shari'ah (yang terpuji) yang menegakkan urusan duniawi. Iaitu, dengan perantaraan bahasa al-Qur'an dan al-Sunnah sebagai sumber, ratusan peraturan dan hukum-hakam untuk mentadbir dan memandu kehidupan masyarakat Islam yang telah diperundangkan oleh Allah Ta'ala dalam urusan jual-beli dan perdagangan, hidup-mati dan harta pewarisan, nikah-kahwin dan perceraian, jenayah dan ketatanegaraan, dan seterusnya.


K. TAJUK-TAJUK YANG BERKAITAN

1. Keutamaan umat Islam sekarang bukanlah bertelagah mengenai isu-isu remeh-temeh kemadhhaban atau fiqh atau hukum-hakam.

2. Setelah mengetahui yang paling asas tentang Islam, keutamaan kita—dalam dunia yang sedang dikuasai oleh kebudayaan Barat—adalah untuk memahami, di antaranya, Pandangan Islam mengenai Hakikat, Kebenaran dan Kehidupan; Islam sebagai Faham Agama (al-Din) dan Asas Akhlak; Kedudukan Wahyu (al-Qur'an dan al-Sunnah) dalam Islam; Allah: Diri, Nama-Nama dan Af'al-Nya (al-Tawhid); Alam Semesta sebagai Ayat Allah; Faham Ilmu dan Pembudayaannya; Cabaran Kebudayaan Barat @ Masalah Luaran Kaum Muslimin: Agama, Ketenteraan, Ilmu; Masalah Dalaman Kaum Muslimin: Ilmu, Adab, Kepimpinan; Penyahbaratan dan Pengislaman Ilmu dan Bahasa; Pengadaban (al-Ta'dib) sebagai Faham Pendidikan dalam Islam termasuk Faham Universiti (kulliyyah-jami'ah); Bahaya Sekularisasi dan Ancamannya terhadap Alam Tabii, Politik dan Nilai; Bahasa Islam sebagai Cermin Pandangan Hidupnya; Hakikat dan Sifat Insan; Faham Akhlak, Konsep Kebebasan (Ikhtiyar) dan Hak Asasi; Makna dan Pengalaman Kebahagiaan (al-Sa’adah); Islam dan Perubahan Hebat Sejarah Dunia Barat dan Alam Melayu; Pengaruh dan Kesan Islam dalam Kebudayaan Melayu: Pemikiran, Bahasa, Persuratan; Faham Perubahan, Pembangunan dan Kemajuan (Change, Development, Progress); Masyarakat Madani: Islamic Civil Society.

RUJUKAN (PROF. AL-ATTAS DAN PROF. WAN)

Syed Muhammad Naquib al-Attas, "Kata Pengantar: Konsep Baru mengenai Renchana serta Chara-Gaya Penelitian Ilmiah Pengkajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia," Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, UKM, 1972.

_____, Risalah untuk Kaum Muslimin. Kuala Lumpur: manuskrip yang belum diterbitkan, Februari, 1973.

_____, "The Muslim Dilemma," dan "The Dewesternization of Knowledge," bab IV dan V dalam karya beliau Islam and Secularism. Kuala Lumpur: ABIM, 1978; edisi kedua dengan Kata Pengantar Baru, ISTAC, 1993; atau dalam karya beliau yang lain Islam, Secularism and the Philosophy of the Future. London: Mansell, 1985.

_____, The Concept of Education in Islam: A Framework for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur: ABIM, 1980. Juga diterbitkan sebagai bab VI dalam Islam, Secularism and the Philosophy of the Future (lihat di atas).

_____, "Address of Acceptance of Appointment to the al-Ghazali Chair of Islamic Thought." Dalam Commemorative Volume on the Conferment of the Ghazali Chair of Islamic Thought on Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Kuala Lumpur: ISTAC, 1994. Terj. "Menghadapi Cabaran Sekularisme." oleh Dr. Baharuddin Ahmad. Dewan Masyarakat, Mac 1994, mss. 14-16, 23.

Wan Mohd Nor Wan Daud, The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib al-Attas: An Exposition of the Original Concept of Islamization. Kuala Lumpur: ISTAC, 1998.


RUJUKAN LAIN

Abu Hamid al-Ghazzali, "Faysal al-Tafriqah," Majmu’at al-Rasa'il al-Imam al-Ghazzali, 7 jil. dlm. 1. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah. t.t. 3:75-99.

Ahmad Ibn al-Naqib al-Misri, 'Umdat al-Salik wa 'Uddat al-Nasik: Reliance of the Traveller. teks, huraian and lampiran ed. dan ter . Nuh Ha Mim Keller. Maryland: Amana, ed. kedua 1994.

Arnold J. Toynbee, A Study of History, mukhtasar jil. I-VI oleh D.C. Sornervell. New York: Oxford University Press, 1947.

Denis Gril, "Adab and Revelation or One of the Foundations of the Hermeneutics of Ibn 'Arabi," dalam Muhyiddin Ibn 'Arabi: A Commemorative Volume. Ed. Stephen Hirtenstein and Michael Tiernan. Dorset: Element, 1993, mss. 228-63.

Edward G. Browne, A Literary History of Persia. terbitan pertama oleh Unwin, 1902. Cambridge: Cambridge University Press, 1928.

Mahmud Mahmud al-Ghurab, al-Fiqh 'inda 'l-Shaykh al-Akbar Muhyi 'l-Din Ibn al 'Arabi. Damshiq: Matba'at Nadir, 1981, Edisi kedua 1993.

Muhyi 'l-Din b. Sharaf al-Nawawi, Al-Majmu' Sharh al-Muhadhdhab. Beirut: Dar al-Fikr, 1996.

Al-Sayyid Murtada al-Zabidi, Ithaf al-Sadah al-Muttaqin bi Sharh Ihya' 'Ulum al-Din. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, 1989.

Thursday, April 06, 2006

Rama-rama

Salamun alaikum wbt.. Ini gambar rama-rama yang kuambil tatkala bepergian ke Cameron Highland bulan Februari yang lalu. Cantik dan mengingatkanku kepada kehebatan Allah Taala. Ia turut mengimbau isi kandungan buku Rich Dad Poor Dad karya Robert Kiyosaki tentang ulat bulu yang mengalami transformasi setelah 'tamat pengajian'. Bukan semua ulat boleh bertukar kepada bentuk ini. Hanya yang benar-benar matang dan lulus ujian sahaja mampu. Analogi yang sama buat sesiapa yang ingin membina kejayaan/kekayaan/bebas kewangan melalui kuadran B - business owner. Kalau anda tahan uji, sanggup invest kepada diri anda dahulu, berani menempah kegagalan, bersedia mengambil 'calculated risk', boleh menerima 'rejection' (the more you got rejected, the richer you will be!), rajin menabung, berkawan dengan kelompok manusia yang positif dan 'sealiran' dan ada lagi - tapi dapatkannya di Rich Dad Poor Dad, hanya RM 35 dia kedai-kedai buku. Saya ada dua buku ini, satu untuk koleksi peribadi dan satu lagi untuk dipinjamkan.. Selamat Membaca! Oh ya, bagi yang sudah baca, bolehlah membaca retire young retire rich, atau buku business school.. Memang luar biasa hebat! Posted by Picasa

Sunday, April 02, 2006

18 or 16 weeks?

I'm not too sure if my wife is 18 or 16 weeks pregnant.. the ultrasound measured the fetus as having gone through 18 weeeks of life whereas clinical examination indicated a rather younger 16 weeks fetus. This is quite a problem for most doctors and nurses who are expecting. Due to hectic lifestyles and poor nutrition causing this group of profession these problems. Why is this happening?

I feel sorry for houseman/intern doctors. They have to struggle the first year after graduating. Most of the time they have to make clinical judgements with rather cloudy if not weary mind. Having to do oncalls every other day, and even if you are not oncall , still you have stay until 8 or 10 pm to settle the unfinished jobs - this will start to take its toll. Why can't the govt. pay them overtime or at least hire phlebotomist to do the bloodsucking jobs every morning. This eased up the most of my pain during my internship back then in Ireland. Don;t blame these doctors if they aren't interested to stay another 9 years in govt hospitals..

just my 3 cent points to Chua Soi Lek

Thursday, March 09, 2006

Garis panduan MLM yang memenuhi mu'amalat Islami

Kiriman pada Saturday, February 11 @ 14:44:52 EST Dilulus oleh webmaster

Bahan Ilmiah
Mu'amalah Islam bersifat umum dan merangkumi Conventional Marketing (pemasaran konvensioan) dan juga MLM. Keumuman mu'amalat Islam ini berkisar pada perkara2 asas , yakni BEBAS dari unsur2 spt:

a. riba (interest/bunga)
b. gharar (tipuan)

c. dharar (mendatangkan bahaya)
d. jahalah (kesamaran)
e. dzulm (merugikan hak orang lain)
f. barangan/servisnya halal
(alhafidz alSyawkani, Irsyaad alFuhul/ 286)


MLM di Malaysia bermula pada 80'an dan sekarang ia bergabung di bawah payung DSAM (Direct Selling Association 0f Malaysia/Persatuan Jualan langsung Malaysia) dengan 66 syarikat MLM yg dipantau oleh kementerian HEP dan Perdagangan dalam negeri yg mengeluarkan lesen AJL. Pada statistik tahun 2003, MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam mu'amalat MLM (website DSAM).

Garispanduan MLM yang memenuhi mu'amalat Islami:

1. Barangan (produk) dan perkhidmatan (servis) hendaklah halal dan diluluskan oleh Halal-Jakim dari segi kandungan (ingredients), selamat diguna dan memberi manfa'at kepada pengguna.

2. Sistem Pemasaran MLM atau Marketing plan:
Selain dari produk barangan, MLM juga menawarkan produk dalam bentuk perkhidmatan. Maka inilah datangnya komisyen, bonus, imbuhan dalam tingkatan MLMnya kerana memberi upah dan ganjaran kepada mereka yang memberi perkhidmatan dalam tahap2 pemasaran yg ditawarkan oleh sistem MLM ini. Ini kerana stokis dan distributor mendapat komisyen atau fee dari servis yang ditawarkan kepada downliners. Ini dinamakan orang tengah dalam MLM yg sama juga dalam sistem pemasaran konvensional yang ada pengedar, stokis, pemborong dan peruncitan. Perjalanan barangan (produk) dari Pengilang hingga sampai ke tangan pengguna, baik sistem marketing konvensional dan MLM, tidak dapat tidak, akan ujud samsarah atau orang tengah dalam bentuk pengedar, pemborong, stokis dan distributor.

Cth: Proton, pengilang kereta nasional Proton, akan mengedarkan kereta proton hanya kepada dua pengedar sahaja, Proton Edar dan EON. kedua2 pengedar sah ini akan kemudian melantik rangkaian pengedar kereta proton di seluruh negara dan mereka semua akan mengambil untung atas angin sebaik sahaja kereka keluar dari kilang hingga sampai ke tangan pengguna.

Begitu juga MLM, sebaik sahaja barang keluar dari kilang, maka rangkaian stokis, pengedar dan distributor akan mendapat keuntungan atas angin kerana memberi khidmat perkhidmatan pemasaran utk melancarkan perjalanan barang dari kilang hingga sampai kpd pengguna.

Jadi samsarah/orang tengah ni ujud dalam mana-mana sistem Pemasaran, baik konvensional atau MLM dan mereka mengambil keuntungan atas angin kerana memberi servis dalam sistem pemasaran.

Islam tidak melarang aktiviti pemasaran dan perkhidmatan orang tengah atau samsarah dan mengenakan fee atau upah, ini menurut fiqh Ibn Abbas (lihat Fiqh Sunnah sayyid sabiq)

Cuma Islam mengenakan syarat kepada orang tengah (aktiviti samsarah) bahawa orang tengah harus jujur, telus, ikhlas, tidak menipu downliners dan jika mereka melaksanakan aktiviti pemasaran dengan baik dan jujur, maka mereka layak menerima komisyen dan fee atau upah dari kerja2 orang tengah mereka. Islam hanya mencela dan mengutuk orang tengah yg menghisap darah spt mana yg berlaku kpd industri nelayan, padi, sayur, buah-buahan, di mana orang tengah memainkan harga dan menipu orang yg bergantung penuh dalam industri tsb.


Islam juga mahukan plan pemasaran MLM ini telus, ada perjanjian yg jelas antara downliner dan distributor mengenai formula imbuhan, bonus dan ganjaran.

Berikut adalah garispanduan dari IFANCA, USA (Islamic Food & Nutrition of America, melalui jurucakapnya Dr Munir Chaudhry:

MLM yang syara'iy ialah:

1. Di lihat pada plan pemasarannya, jika ia MLM tulin, ia halal, jika ia berunsur pyramiding (skim Piramid), maka ia haram. Skim piramid ialah skim siapa masuk dulu akan untung dan mengurangkan hak mereka yg masuk kemudian.

2. Dilihat kepada sejarah penubuhan syarikat MLM itu. Jika ia mempunyai rekod sejarah perniagaan yg cemerlang, maka ia MLM yg tulin. Jika ia syarikat MLM yang muncul mendadak dan penuh misteri, maka ia hendaklah diawasi.

3. Produknya adalah halal dan bermanfa'at utk manusia

4. kekuatan MLM itu ialah kpd produknya yg unik dan bermutu bukan kepada objektif jangkapendek utk mengumpul dana (modal)

5. MLM yg asli tidak menjanjikan kekayaan mendadak dan memasang angan2 kpd ahlinya ke arah semua akan jadi jutawan. Ia melatih ahli menjadi usahawan tulin dengan jalan yg panjang dan berliku.

6. Sistem pemasaran yg telus meliputi ketelusan dalam penjualan, pembahagian bonus serta komisyen utk semua pihak baik yang lama dan baru, yang ditingkat atas dan tingkat bawah skima MLM.

7. Penegasan objektif MLM tsb, bahawa ia menumpukan perniagana teras kepada penjualan barangan dan perkhidmatan bukan permainan wang (money game)

8. Produk yang ditawarkan itu adalah halal dan baik, bukan produk yg mendorong kpd gaya hidup boros, dan mewah..

9. Harga barangan itu tidak terlalu tinggi (ghubn fakhisy) bila berpindah dari kilang ke stokis , kpd distributor dan kahirnya ke tangan pengguna yang terpaksa membayar dgn harga yg melampaui batas..

10. Memupuk jiwa usahawan (entrepreneur) yg sederhana bukan anggota MLM yang tamak, ingin cepat kaya, hedonis, obses (melampaui) dalam memuja kerjaya MLMnya hingga lupa dan cuai akan hidupnya sebagai seorang muslim dan melakukan pelbagai penipuan dan manipulasi.

Penutup, itulah apa yg boleh kami sajikan buat masa ini hinggalah Badan2 Fatwa seluruh Dunia mengeluarkan suatu garispanduan yg lebih konkrit di masa depan dengan menganalisa impak industri MLM dalam kehidupan kita sehari-hari. Buat masa ni, Islam On-line misalnya masih bersikap terbuka dan positif terhadap MLM asalkan mereka memenuhi apa yg digariskan di atas. sekian

al-ahkam.net

Friday, March 03, 2006

Apa ada pada MLM

MLM kadangkala membawa suatu konotasi negatif sebaik sahaja perkataan itu diluahkan. Aku walaupun berada di bidang perubatan, namun potensi MLM atau network marketing tidak pernah gagal membuatkanku terpesona.
Cuma aku agak sedih apabila ada tangan2 yang telah memalitkan kotoran hitam pada MLM. Jika anda mempunyai pengalaman pahit bersama MLM, janganlah cepat melatah. Cuba selidiki setiap peluang yang datang satu persatu tanpa prejudis. Pada masa yang sama lakukan tapisan ketat agar anda tidak tertipu. Aku percaya nun di sebalik ratusan peluang yang kelihatan indah belaka, ada permata yang tersalut dengan lumpur yang perlu anda cari sebelum sinarnya menusuk anak mata.
Buat yang inginkan jalan mudah, aku telahpun menyelidikinya buat anda.. Jika percayakan aku layarilah http://www.cybershop2u.net

Tuesday, February 28, 2006

My Poor Dear Wife

I felt wholeheartedly sorry for my wife. Not only she's conceiving, also having to look after tens of patients in medical ward has started to take its toll. She's disressed, exhausted, hungry and easily hurt. I hope she will cope well. And I pray for her.

I felt rather a strange but pleasant feeling when we headed towards antenatal clinic last sunday for a brief check up. The experience of seeing the fetal movement, the heartbeats, the kicking of 'my' own offspring inside the ultrasound monitor is just undescribable.. It's just unbeliavable.. I can't believe that I'm a future daddy. Do i hear it right? A papa.. is in the making..

It's possibly best to cultivate the best environment for the new family member. I will perform my daily zikr, purify my heart and control my emotions.. Insya Allah, that'll help to develop a super generation! By grace of Almighty God.

Wednesday, February 22, 2006

"Apabila Bapaknye Pesakit Mengamuk"

Entahlah, kesal pun ada.. nak marah pun ada.. Moga Allah meletakkan daku di kalangan orang yang bersabar..

Jam 2pagi, sepasang suami isteri dengan anak yang melecur kakinya masuk. Sang lelaki bertubuh gempal. Anak menangis tak berhenti-henti..kesakitan..

Rupa2nya terkena air panas.. Kecuaian ibu-bapa, bagaimana air yg panas boleh dicapai oleh sang anak yang baru berusia setahun.. Alamat menangis lah sang bayi yang malang..

Aku dilatih untuk sedaya upaya mengurangkan derita kesakitan bayi, yang pertama ku fikirakan adalah memasukkan iv line supaya ubat penahan sakit dapat diberi. Setelah memasukkan ubat penahan sakit melalui duburnya, kami mencuba. Sekali, dua kali dan akhirnya tiga kali... gagal.. Anak kecil ini bertubuh gempal, langsung tidak kelihatan urat venanya. Sang ayah makin tidak sabar.. tangisan bayi pula menusuk kalbu.. kesian..

Sang ayah mula bersuara, kenapa tidak dirawat kaki yang melecur dulu, dok sibuk2 nak cucuk aje.. ' nadanya mengancam.. Aku cuba terangkan yg rawatan tidaklah semudah yg disangka, bukan dengan membalut kaki, bayi itu akan berhenti menangis. Dia menangis kerana kesakitan, jadi kesakitanlah yang kita kena tangani dahulu... oleh kerana dia mendesak, aku ingin merujuk kepada doktor plastic. 'Mana fail pesakit?' aku menanya, 'Belum daftar', aku bertanya 'Kenapa tidak mendaftar?'..

Sang ayah mula naik darah, 'dok gaduh nak daftar! Bukannya nak rawat anak aku!? Nak biar anak aku mampus ke?' Mulalah dia marah2 mengungkit yang aku tidak memberikan rawatan yg wajar. Tidak mengubati anaknya, bahkan mendera melalui pelbagai cucukan'. Matanya merah dijegilkan. Aku naik meluat. paling aku geram sebab percakapannya biadap dan menengking-nengking.

Bayi tidaklah serius mana, sekadar first degree burn, yang tidak perlu dimasukkan ke wad pun..

Aku turut panas, tapi cuba bersabar.. aku tepuk bahu dia dan berkata lembut, 'api dengan api takleh jadi.. jgn marah2 kita nak rawat budak ni.. saya nak dia didaftar supaya maklumat pesakit boleh direkodkan..'

Sang isteri geleng kepala, memberi isyara supaya saya tidak meneruskan ber'dialog' dengan dia. Sang suami keluar seketika, tidak puas hati. Sang isteri berbisik, 'dia memang macam tu .. panas baran. Saya pun selalu kena. Doktor jangan layanlah dia sangat'

Akhirnya aku rujuk kepada doktor bahagian plastik untuk rawatan. Bayi dibenarkan pulang sejam kemudian.. Tangis pun dah berkurangan..

Mungkin ada himahnya. Aku bertolak ke Cameron Highland beberapa hari kemudian bersama isteri tercinta.. Bolehlah merawat hati yang 'terluka'.. Huhu..

Friday, February 03, 2006

busy busy busy...

salam and good day

well, it's past 10 pm already.
it's been a very busy day with loads and loads of patients.. just imagine, up till 200pm, i still could not finish treating those patients coming from 10am.. what a hectic day.. sigh

i came across an extremely ude guy threatening to smack off my poor staff nurse, while she was trying to take the blood of his 7 days old baby boy? presented with jaundice, saying, no shouting to be exact, things like 'mu kerja lama jangan kurang ajar! Anak aku baru 7 hari mu reti dok?' that really really pissed me of! how could he say such threatening words' i asked the other staffs to call the security. Shame on him, and his kopiah!

luckily the wife hugged him, kissing his cheeks and calmed him down.. apologising to us for what he did/say. poor wife, not only she has to look after that small little baby, but also this below-age-seemingly-old-enough-but-very-rude-childish guy who behaves in a such silly manners...

now a relief.. i think if he lay his hand on my staff nurse, i'd have a smacked him down. I may not win, but surely i don't care and i've never been so pissed of like that for ages...

the felt strange.. do i really know myself?.. subhanallah.. all glory to Him!

That's the worst part. The good part is i learnt on how to manage a patient with SVT, stands for supraventricular tachyarrythmias.. very bad irreagular fast paced heart beat causing chest pain, palpitations and drop in blood pressure. I learn how to start iv esmolol 20mg, (unsuccessful) and then i cardioverted the patient under sedation of iv dormicum and fentanyl (100mg) pain relief using the defibrillator (as seen on TV) to God's glory, the pulse rate of 200 went down to 80-90 with nomal regulat heart beat.. I quickly arrange for admission after stabilizing the blood pressure with iv dopamine and dobutamine. the sad news that i heard later, he had a cardiogenic shock in cardica care unit. May Allah helps Him..

been coughing a lot lately.. sorethroat, feeling feverish.. thanks God i'm off for tomorrow..

Saturday, January 28, 2006

Kisah CINTA abad 21..

aduhai.. wife dapat cuti kita plak kena kerja .. akhirnya wife balik kampung sorang-sorang.. takpelah ...dugaan..

aku dapat la jugak book air-asia walaupun agak lambat.. mahallah sikit tapi mujurlah ada offer raya cina so dapat murah untuk tiket pergi ke KL.. bila tempah air-asia ni teringatlah plak ryan-air, syarikat penrbangan murah masa aku belajar di Ireland dulu.. Walaupun tambang dia murah, tapi ryan air sgt menepati masa.. Aku rasa air-asia ambil konsep yg sama. sebab tulah MAS menghadapi masalah. Samalah macam British Midland dan British Airway yang mengalami kerugian lepas ryan air memperkenalkan konsep penerbangan tambang murah.. moral.. kejayaan boleh dicipta dengan MENIRU orang yang sudah berjaya!

bila seseorang yang rapat dengan kita tiada di sisi seketika, barulah (?) kita akan menghargai kehadirannya.. mungkin itulah caranya untuk kita tahu kelebihan orang tersayang.. Bak kata orang-orang tua 'sayangkan isteri tinggal-tinggalkan' dok?

bercerita tentang kasih-sayang mengingatkan aku kepada seorang pesakitku pada beberapa hari lepas.. Encik X adalah lelaki berusia 29 tahun yang lumpuh seluruh seluruh badannya selepas terlibat dalam suatu kemalangan 13 tahun lalu.. dia datang ke hospital kerana mengalami sesak nafas dan demam-demam. Aku berasa kesian melihat dia bersusah payah untuk bergerak dia atas katil. Aku membantu sedaya mungkin dengan memberikan dia 'nebuliser' untuk membantu pernafasannya..

Apa yang menarik adalah seorang perempuan yang berdiri di sisinya.. aku tertanya2 siapakah dia? Akhirnya terkeluar juga pertanyaan di bibirku. Nyatalah dia adalah sang isteri kepada lelaki berkenaan. Mereka sudah berkahwin 7-8 tahun. Aku mengira2 di dalam hati. Bermakna mereka berkahwin selepas lelaki berkenaan lumpuh. Rupa-rupanya mereka telah bertunang semenjak tingkatan 4 lagi! setelah berjanji sehidup semati, mereka meneruskan pernikahan walaupun lelaki berkenaan lumpuh!

Bukan senang mendengar dan melihat sendiri kisah cinta yang hebat begini pada abad ke 21.. Lebih banyak yang porak poranda dari yang menjadi. Na'uzubillahimin zalik..

Monday, January 23, 2006

Tambah jam kat blog

aku tambah jam kat blog
blog aku ada jam
jam tu buleh pandang aku
aku pandang kat jam
sama-sama pandang kat sama-sama
sama-sama jatuh cinta
berdebar2 bila aku pandang jam
mengapa aku berdebar
perlu ke berdebar
aku tak tahu
hatiku rasa berdebar jugak
ada runtunan perasaan hiba
kenapa hiba
perasaan yang kurang ku mengerti
mendalam penuh erti
kadang sebak pun ada
kadang rasa itu tersangat seni
terasa perasaan malas yang memulas
malas nak tinggalkan kerusi malas ini
kerusi malas peneman laptop malas
tuan dia lagilah pemalas
ahh.. sudah lewat shift malam dah nak mula
jangan malas-malas
aku kena pergi bekerja mengalas perut yang semakin malas
malas membuang hanya mahu diisi
jadilah aku sang diri yang yang tahu makan dan dimakan
dimakan usia yang memamah tanpa kesian
di manakah aku kan kesampaian
mencapai martabat insan yang bakal disambut Tuhan?

....

Sunday, January 22, 2006

Updates on my projects..

Nothing much on my site developments but i've been doing a lot of research on how to optimize my website for best traffic (I hope)..

Been reading Affiliate Master E-book by Ken Evoy.. (get your free copy at sitesell.com) currently at Day 5 of his chapter..

So far here's what i got..
do not sell but presell
do what you love, money will follow
find high profitability topics by checking supplies and demands. Here you can use overture.com and google.com as indicators
Find the right affiliate programs with your niche
Choose the right domain name that best represents your specific content rich theme

this is where i made the mistake of buying a domain name prior doing the research..

Ken Evoy was right when he said, prepare so that you don't repair

Friday, January 20, 2006

Apa nak buat ek?

Website ku telah separa siap di http://www.makeonlineprofit.com .. Memang seronok memiliki website sendiri walaupun banyak lagi yang perlu dipelajari.. Yang penting adalah niat, azam dan iltizam yang tinggi untuk meneruskan kerja ini sampai ke akhirnya bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.. Kalau orang lain boleh buat takkan aku takleh? Cuma statistik yang menakutkan adalah : lebih daripada 90 peratus internet marketer gagal.. Tapi bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana statistik yang sama juga adalah boleh diaplikasikan kepada perniagaan offline..

Kalau nak berterusan berjaya, kena sentiasa memotivasikan diri sendiri.. Tuliskan impian/cita-cita/objektif atas sehelas kertas, tampalkan di dinding dan simpan satu salinan dalam dompet agar dapat dilihat selalu/sokmo.. :)

Selamat berjaya!

Fun And Easy Way to Earn From The Net Guaranteed!

Do you surf the internet a lot? Do you EARN at all or just wasting your time surfing aimlessly? I'll show you the amazing way of profiting from the internet from the comfort of your home. But wait, there's more, did i mention 'the easy and fun way'?..

Discover amazing way to start your own business and earn residual income through affiliate programs.

In as short as two day's you'll have your own website ready for profit pulling.

Get free 5 day course to start your own home-based business

Earn potential income to replace your daily jobs

Be your own boss

Why wait? Click here : http://www.makeonlineprofit.com/pbi

Wednesday, January 18, 2006

Yeye.. akhirnya webhostingku sendiri...

bestnye...jerit hatiku kegirangan... itulah padahnya apabila benda yang dinanti-nanti selama ini dan dihajati akhirnya tertunai jua. Aku telah menanti seminggu untuk mendapatkan webhosting untuk aku mulakan projek buat homepej sendiri.. dah lama dah nak cuba tapi tak pernah sempat..

makeonlineprofit.com sudah bersedia untuk diupdate tapi aku kena brainstorm untuk buat outline, isi kandungan, dan banyak lagi.. nanti nak buat e-book sendiri.. tapi tak tahulah .. ini projek jangka panjang..

ok.. mula-mula nak kena tarik nafas dan buat perancangan..

1. apakah impian/cita-cita/objektif yang hendak dicapai. Bahagikan jangka pendek/sederhana dan jangka panjang.

2. pecahkan objektif kepada pelan tindakan langkah demi langkah beserta dateline. Ini perlukan brainstorming..

3. Action

fuhh.. aku berdoa gar perancangan ini akan berjalan lancar..

ACTION CURES FEAR!
It takes small little steps towards end of journey
Start small but persist!

Tuesday, January 17, 2006

a flood of patients rushing in..

my wife suffers from URTI (upper respiratory tract infection) today... she took a day off.. hopefully her mood and her physical wellbeing willl restore throughout the day.. I had a terrible morning shift... patients kept coming and flooding like crazy and mainly they are the yellow zone's, some even shifted to red zones.. i had to cover all the zones from the URTI to the unstable angina, peritonitis, surprisingly not so many trauma cases.. and surprisingly there were loads of respiratory problems ranging from pneumonia, congestive heart failures and pulmonary tuberculosis.. i cant even had my dirty hands on my morning meal.. felt rather exhausted..

well. that's the bad part of the day.. the good news is i'm having two days off starting tomorrow. I want to concentrate having my webpages done.. but still no news from mt webhosting company.. what a bad service.. i sent two e-mails already but no answers.. how am i gonna start.. probably i'll just sit and brainstorm for my webpage outline..

should i consider this webhosting instead? http://case-studies.sitesell.com/easy135.html

Monday, January 16, 2006

hari ini gua ada buat locum tapi..

semalam ada orang call minta tolong buat locum kat klinik dia kat tumpat. Alamak, Tumpat jauh la beb.. gumam hatiku.. tapi aku berubah hati bila tawaran locum dia mahal dari rate biasa kelantan..mesti korang ingat aku tamak..Heheh, tak tamak cuma buat apa pi jauh2 kalau bayar 20 linggit sejam..

pagi2 dah kena uji ngan Tuhan, tayar kereta bocor kena paku.. aku tak perasan tapi ada kereta horn bagitau.. tupun aku tak check.. dah sampai tumpat barulah aku check.. tayar flat wooo..

akupun start buat locum.. busy gak.. ramai orang loghat siam hari ni.. kebanyakannya orang kampung.. ada yang minta injection family planning. Ada yang pening kepala, sakit urat, demam selsema, nappy rash etc..

seronok gak tapi sibuk sket. dulu masa first time buat locum kat klinik perdana 5-6 orang pesakit je dlm 3 jam.. byk aku surf internet je..

Rezeki aku la.. dapatlah duit sket buat bayar hutang.. saman trafik tak bayar lagi.. ish2..

setiap kali pi KL mesti ada surat saman.. boring2..

petang ni kena keja plak kat hospital.. adeh.. ngantuk la plak..

gitulah hidupku.. isteri on call kat spital.. internet la buat teman.. terasa nak karang sajak plak.. nantilah bila sempat...

wokeh, nak mandi, solat zohor siap2 pi keja.. Moga aku bekerja ikhlas kerana ALLAH..

Sunday, January 15, 2006

Berita baik..

'Abang, UPT (urine pregnancy test) ada dua line , dah dua kali dah..' Akhirnya kami mendapat berita gembira ini. Hari tu wife aku dah test dah, tapi tak confirm sebab dia ingat dia tersalah dip UPT strip tu. Kelmarin, bila dia check sekali lagi, persistent' plak. :) Berdebar jugak aku mendengar berita itu..

Alhamdulillah, kalau ada rezeki, kami bakal menerima cahaya mata. Aku ingin ucapkan terima kasih kepada sang isteri yang sudi berkongsi hidup denganku. Kami mesti sediakan suasana yang paling baik untuk bakal amanah yang akan hadir menyinari rumahtanggga ini. Kepada Allah kupohon petunjuk dan hidayah agar kami dikurniakan zuriat yang soleh. Kalau nakkan anak yang soleh, mak ayah dia kena soleh dulu kan?

Saturday, January 14, 2006

Salam Korban

Salam sejahtera, berakhir sudah Aidil Adha bermakna hampir berakhir jua suatu tahun Hijrah. Semoga amalan qurban kita diterima oleh Allah Taala.. Aku ada la buat qurban sikit.. First time.. memang seronok sangat2..Lembu yang kitorang sembelih tu garang skt. Dengar khabar dia hampir2 nak tanduk pakcik aku sehari sebelum raya. Pagi2 lagi aku bergegas bangun pergi rumah uncle yg sakit gout.. cucuk dia dengan voltaren sebab dia kena iringi sultan Kelantan utk majlis qurban.

Lepas tu aku balik rumah cepat2 mandi manda utk solat raya, aku kena jemput wife kat hospital, dia oncall malam raya..mujur tak busy sgt.

Kitorang sampai kat masjid imam tengah habiskan fatihah rakaat pertama. Habis khutbah, kami balik kampung utk prgram sembelih qurban.

Aku sempat buat semua benda dari tengok lembu kena sembelih, lapah daging, potong daging utk dibahagi2kan sampailah tengah hari. pastu pakat makan daging anak-beranak. seronok. Pastu aku terus tidur kepenatan..

Alhamdulillah, a nice day to remember. May Allah accept my qurban.. Let's make it our annual event to help those in needs!

Saturday, January 07, 2006

"Jangan MARAH! Nanti kena JUAL!"

Sesungguhnya MARAH itu adalah suatu keadaan/hal HATI yang tidak tenteram/sakit melainkan MARAH di atas HAQ.

Al-Adab al-Mufrad Al-Bukhari, adalah salah satu karangan Imam Besar Bukhari. Sila baca petikan bab MARAH/ANGER (sorry, in English)


640. Anger

1317. Abu Hurayra reported that the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, "The person who is strong is not strong because he can knock people down. The person who is strong is the one who controls himself when he is angry."

1318. Ibn 'Umar said, "There is nothing that is swallowed greater with Allah in reward than a slave of Allah who swallows and contains his rancour out of desire for the pleasure of Allah."

641. What to say in anger

1319. Sulayman ibn Surad said, "Two men abused one another in the presence of the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, and one of them began to get angry and his face got red. The Prophet, may Allah bless him and grant him peace, looked at him and said, 'I know some words that, if he says them, will remove this from him. They are: "I seek refuge with Allah from the Accursed Shaytan."' The man went to that man and said, 'Do you know what he said? He said, "I seek refuge with Allah from the Accursed Shaytan."' The man retorted. 'Do you think me mad?'"

1319. (sic) Another variant of 1319.

642. A person should remain silent when he is angry

1320. Ibn 'Abbas said, "The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, ' Teach and make it easy. Teach and make it easy.' three times. He went on, 'When you are angry, be silent' twice."

643. Loving the one you love is an easy matter

1321. 'Ali was heard to say to Ibn al-Kawwa', "Do you know what the first one said? 'Loving the one you love is an easy matter. It may be that one day he will be the one you hate. Hating the one who hate is an easy matter, It may be that one day he will be the one you hate.'"

644. Do not let your anger be destruction

1322. Aslam said, " 'Umar ibn al-Khattab said, 'Do not let your love be a total infatuation. Do not let your anger be destruction.' I asked, 'How is that?' He replied, 'When you love, you are infatuated like a child. When you hate, you desire destruction for your companion.'"

Friday, January 06, 2006

sedikit touch up kepada blogku

a'kum..

alhamdulillah, sekarang ni byk sket masa lapang bulehla nak edit blog, update apa2 yang patut..
Takziah diucapkan kepada keluarga si mati peristiwa bangunan runtuh di Arab Saudi, tanah runtuh di Indonesia. Semoga Allah memelihara umat Islam di Malaysia dari ditimpa bala bencana yang boleh merosakkan.

Oh ya, dengar khabarnya Sharon sedang tenat kerana terkena angin ahmar yang teruk. Moga Allah menambahkan seksaan kepadanya di atas perbuatan keji dan kejam yang dilakukannya kepada umat Islam.

More wedding pics :)

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com



Image hosted by Photobucket.com

Kepentingan beramal kerana Allah

Mudah sahaja bunyinya tapi nak amal bukan main susah. Bayangkan dengan kesibukan melayan pesakit, terkadang terasa nak cepat2 habiskan kerja dan pulang berehat.. setelah agak lama bekerja terasa bahawa tanggungjawab merawat pesakit adalah suatu amanah yang bukan boleh dibuat main-main. Tersilap langkah nawaitu boleh lari... Semoga Allah membuka hatiku untuk mendapat cahaya hidayah Allah sehingga akhir hayatku..

Thursday, January 05, 2006

Apo itu Kebebasan Kewangan?

Mungkin anda tertanya-tanya dan mungkin juga tidak.. Apekemendenya kebebasan kewangan ni? Haa.. itulah tujuan blog ini.. ingin meninjau, mengkaji dan mencungkil rahsia-rahsia yang terpendam dalam kalimah kebebasan kewangan...

Dunia semakin maju, kemodenan menjajah setiap lapisan umur dan tempat di seluruh dunia. Dunia tidak lagi memiliki sempadannya. Walau beribu-ribu batu, maklumat tetap akan sampai di mana jua anda berada. Sistem komunikasi menjadi begitu canggih sehingakan teknologi hari ini menjadi 'absolete' keesokan harinya. Manusia berlumba-lumba mengejar dan mencari 'maklumat'. Timbulnya istilah ICT kesan daripada bahana ini. Kita berada di suatu alaf yang paling pesat dari segi kemodenan.

Sesiapa yang memiliki maklumat, dia akan berada selangkah di hadapan pesaing.
Sesiapa yang memiliki maklumat, dia akan memenangi peperangan
Sesiapa yang memiliki maklumat, dia akan memiliki komoditi yang sangat mahal.

Siapa yang tiada maklumat, akan ditindas, ketinggalan, out-dated, diperhambakan, dikalahkan.

Lihatlah di dalam peperangan, strategi anda akan gagal sekiranya maklumat ini diketahui pihak musuh.

Lihatlah di dalam perniagaan, anda akan ditewaskan oleh pesaing sekiranya anda terkebelakang dalam industri berkenaan dari segi maklumat pemasaran, produk, R&D dan sebagainya

Maklumat adalah sangat berharga sehinggakan manusia sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkannya.

Kesimpulannya, dunia hari ini sedang berlumba-lumba mengejar maklumat. Dan anda juga akan terkebelakang sekiranya gagal memasuki arus ini untuk turut serta.

Welcome aboard!
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

jjjhhbkjljljl;k
 
Blogger Templates