Social Icons

blogger widget

Pages

Monday, July 12, 2004

Sebuah kereta dan seorang sahabat..

Alhamdulillah akhirnya terjual jua kereta Wan Yus.. Pedro Tarzan namanya, xde kena mengena dgn mana2 tarzan yang hidup mahupun yg telah lama mati.. walaupun tarzan ni bukanlah secalang2 tarzan sebenar, wan yus tetap bergumbira dengan perkenalan singkat tersebut..

'i want to buy it.. good and small engine.. been using toyota.. diesel engine.. expensive lotsa mone to buy petrol.. me from angola.. 1 euro is nothing.. bla2 tersekat2 dia bercerita dengan english yg tidak berapa jelas, walaupun dah 4 tahun di bumi Eire..

mula2 dia nak beli dgn harga euro 400, tapi memandangkan ada ramai lagi potential customer (2-3 orang telah membuat panggilan pagi itu sahaja), maka wan yus berjaya menggodek2 lagi 50 euro.. rejeki dia lah.. selesai lah muamalat legalah perut wan yus.. akhirnya terjual jugak keta yang satu itu..

terlampau sibuk dengan urusan keta itu, terlupalah plak kami yg faisal wushu telah lama menanti sejak pukul 2 ptg utk menjamu kami... jam sudahpun 330 ptg... allamak.. sori wushu.. terlambatlah plak.. aiseh..

tiga empat kali kami call x de jawapan.. 5-6 kali loceng pintu kami tekan .. takde sesiapa.. mana dia pi nih... ???

Saturday, July 10, 2004

Port Atha Cliath

Mungkin inilah gamaknya janji Melayu, janji pukul 930, tapi tepat 930 aku masih lagi diulit duvet kesayangan..

1030 barulah kami terhegeh2 sampai di Laurel lodge angkut barang pi port atha cliath diiringi merc E200 yang bakal diangkut kontena kapal laut belayar merentasi laut irish menerobos lautan2 lain utk tiba di port kelang..

100pm akhirnya sampi ke rumah .. perut berkeroncong, mujur ada roti sardin buat alas perut, terkocoh2 plak nak ke masjid- solat jumaat bang..

petang kami tampal poster iklan keta wan yus.. moga ada yg tertarik ngan keta tersebut..

aku mengiringi kawan lama ke st vincent hosp.. byk peristiwa lama yang di'reminisce'.. yela, dia pun dah nak balik msia esok.. perkenalan kami dah menjangkau 7 tahun.. banyak kisah suka dan DUKA yang dikongsi bersama... Aku hanya mampu meloyar buruk buat menghibur hati.. Akhir pertemuan kutitipkan ucapan maaf dan penghargaan di atas perkenalan selama ini.. Kuiringkan serangkap doa, moga dia dirahmati Allah, dipelihara selalu dan diketemukan dengan peneman hidup yang bertimbang rasa dan penyayang, mungkin ini pertemuan terakhir, ku tak pasti sama ada akan ada esok yang akan mengetemukan kami, moga Allah menjaga kami dalam peliharaanNya.. 7 tahun kurasakan baru semalam..

Usiaku sudah menjangkau 26, tapi saat2 7 tahun yang lalu masih segar dalam ingatan.. kadangkala hati ini terasa (perasan) masih belia tatkala saat2 tersebut kukenang..

Moral: kalau dah tua tu.. tua lah.. toksahlah nak berangan sangat..

Khamis

Semalam duit TT dah sampai ke Malaysia alhamdulillah.. settle seperkara.. hari nih, pi bank utk buat TT terakhir..

Wan Yus tengah nak buat TT tapi xde bank sort code.. terpaksa postpone till tomorrow..

Esok CT mintak tolong hantarkan barang2 ke port.. kena bangun pagi awai ler esok ..

Wan Yus belum buat iklan nak jual keta.. dia ingatkan Joel nak beli keta tuh, nampak macam xde harapan jer.. alahai..

Selasa

Selasa adalah hari biasa yang tidak ada apa2 yg menarik...

Isnin

Hmmm..

kena settlekan P45 medical registration..

P45 x siap lagi walaupun aku sudah menangis merayu supaya personnel dept buat cepat2 'maaf encik, sumer doktor tepon minta siapkan cepat2.. - tapi saya desperate - maafla, sumer org kata dia desperate .. - tapi saya nak balik dah minggu depan - xde tapi2, seminggu atau dua lagi baru siap.. - tapi.. hmm baiklah.. cehh.. kecewa.. tapi apa daya.. hujung minggu ni kan ku cuba lagi..

TCD health science office : 'kami dah hantar surat encik ke IMC, nanti IMC akan settlekan' - tima kasih.. copat jugak ekau buat kojo.. - bisalah encik .. cari makan.. baguss2x.. macam tu la keje.. teruskan komitmen sebegini.. baik encik.. (perbualan dalam hati)

IMC :
ermm.. sila tuliskan nama dan no. pendaftaran encik kat buku ni, nanti kami akan bantu.. aduhai lupa la plak..
Maaf encik kami belum terima cert of experience dari TCD.. la, tadi cakap dah poskan pakai courier lagi.. aisey.. boleh tolong buatkan cert of goodstanding sekali.. boleh encik, tapi bayar le Euro50.. ish duit lagi.. IMC ni mmg kuat betul makan duit..

petang pi opis nak settlekan road tax.. tapi opis tutup.. pukul 3.30 dah tutup... apa? 3.30 dah tutup?? Iye... jangan terkehejut.. ini polisi opis di Ireland.. kami kerja ikut suka.. esok dtg la lagi.. kami beredar penuh tanda tanya.. Appa ra? ada ka tutup opis pukul tiga.. jarang berlaku di mana2 dunia lain...

moral: jangan keje kat opis .. mudah kena IHD

Ahad

Ahad pagi..
hantar anak orang pi Dundalk.. aku drive despite peristiwa semalam.. Wan yus sakit perut.. perut meragam, mungkin tak tahan dengan masakan kat Istanbul.. cian Wan Yus..

aku drive dengan penuh selamat (bertatasusila penuh tamadun) .. sambil borak2 dalam loghat republik of Besut.. banayak perkara yang diborakkan.. Mozo ngan Wan Yus kat belakang.. cuma yg x berapa best bila tuan keta byk sangat dictate suruk tukar gear buat tu buat nih.. mana2 driver dlm dunia tak suka.. lagi2 aku yg angin x berapa nak sepoi2 bahasa dua tiga hari nih - 'hati tak tenteram-byk dosa kut??)

akhirnya selamat pergi dan balik.. pastu meronda2 menikmati keindahan alam.. saat2 terakhir berada di Ireland.. mungkin takkan kujejak lagi bumi ini.. Hanya Allah yang tahu..

pengajaran: jangan bawak keta pakai selipar..

Sabtu

A'kum wbt..

Update sabtu minggu lepas..

pagi shipping barang... banyak brg yang kena angkut naik lori kontena.. nampak macam kecik tapi bila isi2 alhamdulillah muat jer..

habis dah clear bilik aku.. hari tu barang penuh sampai nak bernafas pun semput.. alhamdulillah

petang teman wan yus pi dundalk.. balik aku drive.. wiper tercabut sebab aku bawak keta lelaju sgt pastu aku pasang wiper tanpa tekan punat air.. heheh.. cian wan yus.. sori ek.. aku berenti tergesa2 tepi jalan, habis tayar sangkut.. kitorang terpaksa tolak keta.. wan yus bawak keta lepas tu.. mungkin dia serik tengok aku drive macam pengganas.. dahle takde lesen..

sampai umah kul 11 malam.. penat.. tidur sampai pagi...

Tuesday, July 06, 2004

Jumaat..

Assalamualaikum wbt..

Jumaat aku pi Sino Irish cari tiket nikit belon, Wan Yus pun ada sekali.. hmmm.. asal2nya nak balik 16 Julai petang, tup2 tukar jadi flight pagi.. lagi awallah nampaknya.. Insya Allah aku kan pulang bersama2 dengan Wan Yus, x delah boring sangat.. dah bertahun aku kembali ke tanah air naik kapterbang sorang2, so at least xdelah bosan sgt, ada lah sparring partner nak berargument sepanjang 12-16 jam penerbangan... Jangan kena DVT kat mulut dah..

Dan hari Jumaat ini jualah aku dapat solat Jumaat berjemaah di Dublin Mosque setelah sekian lama solat di St James Hosp. Aduhai..

Oh Ya, pada pagi Jumaat, aku telah berjaya TT duit ke Malaysia, hopefully sampailah.. kalo x sia2 keje penat2.. Thanks to Tariq, dptlah aku settlekan a few things tanpa membasahkan baju aku.. Cuaca pada musim panas agak tidak tentu hala.. kalau pagi panas, belum pasti petang kan panas selamanya..

Seusai menunaikan solat Jumaat, aku berangkat dengan Wan Yus ke Dundalk buat pertama kalinya jua dalam hidupku.. Kami singgah di Drogheda sambil pekena Chicken Hut.. (Ehh! betui ka ni, macam salah fakta je)

Selesai urusan di rumah Wan Yus di Dundalk, kami meronda sekitar DUndalk.. melihat pemandangan tepi laut yang indah.. Aku malas nak citer panjang, taqpi korang boleh dapatkan citer sebenar di... mijiemojo.blogspot.com

Kenapa kukatakan kisah sebenar? Kerana aku hanya pi ke Dundalk pada hari Sabtu sebenarnya selepas abis shipping.. aku pun dah ingat2 lupa.. heheh..

wokeh... perut meragam plak.. ./.;##[[]<

salamss

Thursday, July 01, 2004

Hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi..

Salam..

Tatkala manusia berderet2 menyusun kaki melangkah ke arah skim SHO, aku dengan selambanya senyum meleret tidak sabar, alangkah indahnya dapat kembali ke tanah air.. Sudah lama aku mengidam nak pulang.. 2 minggu lagi maka terhasillah impian dan gelora hati.. Insya ALlah

AKu dah berjaya mendapatkan kad kredit dan kad 'pass BOI' ku yang kecurian tiga hari lalu.. Hidup memang sempit kalau takde dua makhluk Allah itu.. Yelah tak guna ada duit banyak kalau xleh nak kuar duit.. Terasa lega sket la dah dapat dua kad yang penting tuh.. Walaupun barang2 lain hanya tinggal kenangan, aku tak dapat nak maafkan perampok yang memasuki bilikku tempoh hari.. kok ye pun nak curi, ambik aje la duit dalam wallet tu, tinggalkan la wallet tu.. banyak dokumen2 dan kad2 penting dalam tu..

ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan..

tiket pulang ke Malaysia Euro 620
Irish Medical Registration
Letter of Good Standing
Tax refund
nak kena ada borang P-45
Pension Claims
gaji terakhir
shipping Sabtu ni
TT ke akaun Malaysia

Inilah antara urusan keduniaanku yang mesti disettlekan sebelum aku balik, bakal menyibukkan hidup selama dua minggu ini.. Dah balik Malaysia lain pulak citernye, nak kena fikir pasal kerja kat hospital mane, nak kawin dengan sape (jgn mare), bila nak kawen, bile nak beli keta.. (Honda city? Vios, Waja?? - mana satu pilihan hati - setakat ni tgh jatuh cinta ngan Honda City walaupun ramai org yg x suka ngan design dia - at least perampok fikir dua kali sebelum nak curi city yang hodoh, kan kan kan?)

Hmmm lom solat Asar lagi.. aku rasa aku terlampu banyak mencuaikan hubunganku dengan Allah..

Jom Mozo, kita solat.. ajak Mus sekali.. pasni boleh makan sama2..

nanti kusambung coretan kosong ini...


Wednesday, June 30, 2004

My last day as an intern!!!

Pengumuman.. bahawasanya aku, sang adika ratna medical intern yang selama ini banyak berjasa kepada St James Hospital ingin membuat pengumuman yang bakal menterkejutkan sesiapa yang mudah terkejut...

'aku ingin bersara' ujarku lemah.. takde maknanya untuk aku menjadi medical intern lagi.. Sudah masanya aku memberi ruang kepada orang lain yang lebih layak.. Ramai lagi anak2 muda kita yang bakal dinaiktaraf sebagai intern mulai esok.. Aku rasa sewajarnya aku menarik diri.. Jangan jadi seperti sesetengah pihak yang begitu gilekan kuasa.. asyik nak berada di tampuk housemanship.. tapi sampai bila? kan kan kan?

Aku hanya mampu berhujah sorang2 kerana aku yakin ramai yang x percaya dengan pengumuman ini..Dengan rekod kerja aku yang bersih, sudah tentu untuk melepaskan aku adalah suatu usaha yang memerlukan keluhan yang berat..

'Aku tekad..' tiada tawar menawar lagi... sebarang panggilan telefon aku jawab dengan tenang .. tambahan pula aku sudah kehilangan hanset ku semalam, jadi memudahkan urusan aku.. Ramai yang tertanya2, tidak kurang yang menghormati keputusanku.. biarkan dia, ujar mereka sayu.. Kita harapkan ada bakal pengganti, mungkin tidak sebaik dia... tapi sekurang2nya wajah baru yang segar dan bugar untuk melajar dan memperturunkan ilmu kepahlawanan seorang houseman/intern...

Aku yakin ada yang kecewa dengan keputusan ini tapi aku bulat.. Selamat tinggal wahai 'internship'...

wassalam..

Bilikku dimasuki perampok..

Assalamualaikum wbt..

Dukacita dimaklumkan bahawa aku yang budiman ini telah mengalami suatu musibah yang pada awalnya berat membawa rusuh di jiwa.. akan tetapi apakan daya.. Setelah difikir2kan kembali, maka tiadalah sebab untuk aku mengeluh atau berduka lara sesangat.. emmanglah sedih tapi kalau dah durian tu durianlah.. takkan jadi betiknya pulak..

empat benda yang aku sayang.. wallet, sony peg ux-50, digital camcorder dan handphone yang membawa banyak kenangan.. keempat2 aset aku ini hilang begitu sahaja sekelip mata pada suatu pagi Selasa yang sepoi2 bahasa.. antara jam 5 hingga 6 pagi.. pencuri: sampai kini belum dapat kukesani..


kerugiaan dianggarkan berjuta2 rupiah..

paling menakjubkan kecurian berlaku masa aku ada dalam rumah itu.. tak tahulah macam mana perampok itu dapat masuk ke dlm bilik aku.. mungkin melalui tingkap bilik yang sempit.. memng kuat sungguh mujahadah pencuri itu untuk mencuri harta aku.. La hawlawala quwwata illa billah..

fikir2 balik.. harta aku adalah hanya apa yg Allah kurniakan kepada aku.. Kalau aku ada berjuta2 ringgit tapi x kubelanjakan sebelum aku mati, maka itu bukanlah harta/rezeki aku tapi hak milik isteri atau anak2ku nanti. Kalau harta aku ditakdirkan hanya melekat padaku sehari, maka itulah rezeki selama sehari itu..

Pedih memang pedih tapi apakan daya..

Mungkin Allah nak menghajar aku.. Hanya Allah yang Maha Tahu apakah khasiat disebalik pengajaran ini..


Aku mengharapkan gantian yang lebih baik..

NAntilah kusambung.. air mata tak dapat kutahan.. waaa...!!!

heheh.. sembang ajo lebih..


Tuesday, June 29, 2004

Sabtu yang memenatkan..

Sabtu yang sudah aku telah diamanahkan untuk menjadi surgical intern.. aku 'swap' dengan Wendy Lyn sebab dia nak pindah rumah.. apa lagi aku dengan la la lanya pi la hospital.. Sungguh ku tak sangka, ingatkan syurga rupenya neraka (neraka dunia).. surgical call yang indah2 kononnya berubah menjadi suatu bencana (x delah bencana sangat).. rupa2nya intern yang sorang lagi tak dapek nak datang.. kununnya sakit.. terlantar di atas katil na persada.. allah.. baru aje semalam aku borak ngan dia sihat molek-molek ade.. apsal lak tetiba sakit plak.. nak dijadikan cerita , 'locum' intern plak tak dapat datang sebab ada miscommunicatio.. maka terkapai2lah aku meredah samudera hari Sabtu yang berliku2 penuh onak dan batu.. Keperitan ku hadapi dengan senyuman.. almaklumlah aku ini doktor budi'man'.. penuh sungguh tiada terperi, kalaulah diberi peluang nescaya ku tarik diri.. heheh.. Alhamdulillah, penat memang lah penat tapi aku banyak belajar untuk bersabar.. Banyak perkara kita nak menuding kepada manusia.. mulalah nak melalak ke sana sini.. ini hak aku .. itu hak aku.. it's MY RIGHT to get this and that.. Padahal.. walhasilnya kita sebenarnya menuding kepada Allah Rabbul Alamin..

Jadi, aku tidak tahu sama ada aku berjaya melepasi hari itu sebab seorang yang penyabar.. Hanya Allah sahaja yang tahu.. kalau aku sabar aku dapat dua ganjaran, pertama pahala Allah Taala, yang kedua adalah gaji yang menyamai dua orang intern.. Else, aku penat sia2.. dan hanya habuan dunia semata.. Aku masih ingat yang malam itu aku terlampau penat sehinggakan aku tak mampu nak tidur.. kerana lenguhnya terasa kat urat2 belikatku.. aduhai..

Alhamdulillah hari yang dasat itu telah berlalu dan aku kini sedang on kol lagi nampaknya.. aku ada citer menarik untuk hari ini.. Lagi sekali aku kena sabar...

Allahu Akbar!!!!!

Thursday, June 24, 2004

Sigh...

Alangkah baiknya jika aku dapat mengundurkan masa.. Pasti kan ku perbetulkan segala silap laku.. Mujurlah masih ada tersisa nafas buat aku yang alpa.. Segalanya silap diriku jua.. Moga ada RahmatNya Yang Esa.. Aku lemah hina.. faqir tiada daya.. La haulawala quwwata Illa Billahil aliyyil Aziim..

Tiada upaya aku melainkan dengan izin Allah semata..

Monday, June 14, 2004

Aku tertanya2..

Kadang aku tertanya2.. adakah sebagai doktor, adakah aku mempunyai hak untuk menentukan sama ada seseorang itu perlu di'resuscitate' atau tidak sekiranya berlaku 'cardiorespiratory arrest'.. atau adakah sewajarnya aku memberikan peluang yang sama kepada semua orang utk di'resuscitate' regardless of the 'predicted' prognosis... Hmm.. banyaklah senario dan kes yang ku lihat.. kengkadang ada pertentangan pendapat sama ada si pesakit ini perlu diberikan 'active management', dimasukkan ke ICU, atau dibiarkan 'rest in peace' .. aku kurang arif bab2 sebegini.. Mungkin jalan yang terbaik adalah ' fas'alu ahlazzikri in kuntum la ta'lamun'..

Kadang, kurasakan memang tidak sewajarnya kita 'overinvestigate' or overtreating a patient.. bila kita menjangkakan yang dia tidak akan bertahan lama.. yelah.. takkanlah kita sibuk nak cucuk si pesakit , ambik darah, x-ray, injek ubat etc, padahal waktu2 terakhir itu sepatutnya dibiarkan sahaja si pesakit bersama keluarga, menanti saat dipanggil Tuhan..

Biar apapun, sekadar meluahkan rasa hati.. memandangkan aku bakal berada di dalam situasi yang sama, iaitu sebagai seorang doktor yang kononnya bakal menentukan status 'resuscitation' yang kedua, aku sebagai pesakit tatkala berada di ambang senja umurku.. menanti dengan pasrah status yang akan dikenakan ke atasku pabila sakitku sudah tak terubat lagi..

DO NOT RESUSCITATE...

gerun bukan?

On call lagi...

Hari Ahad.. memang akan rasa distressed kalo onkol hari Ahad.. yela.. kerja kul 9 pagi sampai pagi besok pastu sambung lagi sampai kul lima.. mana tak penat.. tapi mujur la aku keja kat Ireland..kalu kat Msia lagi la teruk.. aku dengar sesetengah hospital kena buat onkol sampai berbelaskali sebulan.. aku buat onkol sekali dalam 8-9 hari.. so basically seminggu sekali aje la.. Ada lagi 3 onkol utk bulan ni.. Jumaat ni, pastu Sab minggu lagi satu dan Selasa minggu terakhir bulan Jun..

Tak tau la apa pasal, ramai sangat plak pesakit yang 'SOB' shortness of breath, sudden desaturation.. kalau tak silap aku 4-5 orang jugakler.. ada sorang tu sampai hampir2 'cardiac arrest'... Pompuan, history of lung ca. , bilateral pneumonia, desat at 78-80%, very2 distressed.. aku rasa dia ni mmg takde harapan dah.. mungkin mati dalam seminggu dua ni..

Aduhai.. 'mati'.. jarang sangat aku nak ingat mati ni sebab terlalu asyik dengan dunia. Nabi kata, kita kena selalu ingat mati yang memutuskan panjang angan2.. banyakkan mengingat mati, ingat kawan2 atau sahabat atau kaum kerabat yang lebih dulu meninggalkan kite.. nescaya kita akan lebih hampir kepada Tuhan.. Ada baiknye jugak kalau kite selalu menziarahi makam/kubur sebagai pengajaran dan peringatan yang kita juga pasti akan menjejaki mereka..

Kengkadang bile dah selalu sgt tengok patient yang mati ni, hilanglah plak rasa 'keinsafan'.. kematian hanya menjadi salah satu rutin pekerjaan.. Ini adalah stu bahaya yang tersembunyi dan perlu dirawati.. Just another thing for deep thinking.. begitulah antara isi kandungan 'Deep Thinking' okeh Harun Yahya..pengarang buku terkenal dari Turki..

Ok la.. will update later..

Sunday, June 13, 2004

Berakhirnya satu Sabtu..

Sabtu berakhir sudah. tiada bicara buat melakar pengalaman rasa.. aku bangun awal, kemas bilik, vacuum karpet, susun buku, susun kotak, basuh baju, kutip sampah, susun cd, kemas katil, masak maggi, layan kartun jepun dan tido.. aku banyak melayan urusan duniaku, tapi ke mana perginya urusan akhiratku.. hari bertambah demi hari, tapi amalanku tak pernah bertambah, makin kurang ade la.. dosa menggunung tinggi, taubat jarang sekali, karat kat kalbu jarang2 kusental dengan zikrullah walaupun itulah namaku.. aduhai

mengenang rasa yang tak begitu mengundang jelira, membuat aku termenung seketika.. apakah aku 10 20 tahun lagi? adakah masih abechique, atau hanya jasad tak bernyawa mereput dimakan ulat2 tanah, busuk jijik dan meloyakan?

Adakah aku tenang di alam arwah atau jenuh dibaham hukuman dunia.. aduhai akhirat.. duhai akhirat.. moga tersisa RahmatMu Ya ALlah!

Mengenang susasana hati, perlahan kucapai Hizbul Bahr dan Ratib al Haddad, moga ada sedikit bekal kiranya...

Ya Allahu biha.. Ya Allahu Biha.. Ya Allahu biHusnilkhatimah..

Friday, June 11, 2004

Terkenang semasa lalu..

masa kecik2 aku suka main bola kat padang belakang rumah. bile petang ajer, lepas asar, kitorang akan cepat2 pi padang bola main bola.. aku tak pandai main bola tapi suka main bola.. tu dulu la. sekarang, aku tak suka main bola dan tak reti2 nak main bola. maka pergila aku pada setiap petang mempermainkan bola itu. ramai kawan aku yang turut sama menyertai permainan bola. aku boleh tunjuk terer sebab budak2 lain sumernye kecik2 lagi.. baya baya bawah aku. jadi aku pun kira bolehlah score gol byk2.. saingan aku adalah sorang budak ni, nama dia akmal.. mak oi.. dia ni dahlah nakal, licik sungguh bawak bola.. mmg aku penat giler kalau nak kejar dia ni.. dan dia mmg lagi handal main bola dahler lagi muda 2 tahun dari aku.. ni berlaku masa aku darjah 5 atau enam gitu lah.. tapi kat sekolah lain plak citernyer.. aku langsung tak pandai nak main bola.. bolehla main sket2 tapi nak jadi hero kat padang tu alamat kiamat ler.. aku berkira2 bahawa genetik kaki bangku mmg ada dlm darah aku.. sebabnya abang2 aku sumernya tak berapa pandai nak main bola tapi diorang pandai plak bab2 belajar nih.. yang adik2 aku ni plak lain citernye.. pandai sungguh main bola, tapi bab belajar hampess...

bila dah main bola ni, tau2 ajelah main style kampung punyer.. mana nak pakai kasut apatah lagi shin pad etc.. maka hitam legam kaki aku kena debu2 tanah.. kadang tu, luka kaki kena kaca pun ada..yang paling teruk kalau kena paku.. aduh mak.. itu mmg dasat sungguh.. takde harapan la nak jadi Ronaldo.. fuh, kalau dah main, tu... aku yang putih akan jadi merah macam udang kena bakar la.. sumer budak dk tegur muka aku yg dah jadi macam org makan sambal cili padi.. penat main bola toksah cakap la.. bukannya boleh sumbat gol byk sangat pun..

Haa.. aku ni bile dah start main bola bukannya boleh kawal nafsu.. tak maghrib mmg jangan harap aku balik umah.. bab ni mmg Wae ngan arwah ayah angin beno.. dahlah kaki hitam legam kotor dengan debu, balik plak tu dah masuk maghrib.. alamak kena bedal la.. aku punya trick, aku tunggu ayah aku start dia punya motor dulu.. oh ya, arwah ayah aku ni ustaz, dia selalu mengajar kat surau2 berhampiran lepas maghrib.. jadi aku tunggu dia pi surau barulah aku masuk rumah.. yelah, takut kena rotan.. arwah mmg garang woo.. tapi, trick aku tak selalu menjadi.. aku ingat selamatlah kena bedal, rupa2nya masuk aje aku dalam rumah, tanpa kusedari zapp!! waduh.. tu dia, wae dah tunggu belakang pintu.. Waaa!!!! menangis la jawabnya.. hehe.. mmg padan muke.. depa selalu pesan baik sebelum kul tujuh, aku yang degil.. nasib la..

kadang bile teringat peristiwa ni.. aku senyum sedirian..

Thursday, June 10, 2004

Kakna bakal kahwin..

Kakna dah nak kawin. dia tu kakak aku. Dia kawin 23,24 Ogos ni. Aku Insya Allah balik Malaysia sebelum tu. Nak persiapkan beberapa dokumen sebelum balik. Akhirnya aku akan pulang ke tanah air setelah 7 tahun merantau di tanah orang.. Banyak kenangan suka duka kugali di sini, bumi ireland yang permai lagi syahdu.. Dengarnya sepupu aku, Elly dah kawin bulan Feb hari tu.. aku tak tahu menahu langsung.. sedar2 dah kawin minah tu.. dah bertahun2 kitorang tak berjumpa.. aku rasa mungkin 7-8 tahun jugak ler.. Moga Allah memberikan kebahagiaan kepada kedua2 pasangan ini.. Aku bila lagi... ?

Hyperprolactinaemia

Semalam masa outpatient, aku jumpa satu kes yang menarik.. takdelah menarik sangat sbenarnya, cuma aku tak pernah jumpa lagi la kes yg semacam ini, ermm minah ni baru 24 tahun tapi dia di'refer' oleh konsultan gynaecologist sebab dia mendapat diagnosis hyperprolactinaemia dan ketumbuhan otak. walaubagaimanapun ketumbuhan itu bukanlah kanser yang merebak ke seluruh badan. dia di'refer' utk memulakan bromocriptine, ubat yang boleh mengurangkan paras prolaktin dalam badan serta boleh mengecilkan saiz ketumbuhan.. she presented with galactorrhea, gait ataxia and hyperprolactinaemia.. all of the investigations lead to hyperprolactinaemia secondary to prolactinoma, ada ketumbuhan sebesar 5 mm dalam kepala dia yang menyebabkan dia sakit kepada dan boleh hilang keseimbangan. biasanya pesakit seperti ini akan menglami penghasilan air susu yang berlebihan walaupun tidak pernah menyusu ataupun melahirkan anak. 2. tidak mempunyai kitar haid ataupun sangat sedikit.

akhirnya kami membuat keputusan utk memulakan bromocriptine 2.5 mg pada setiap malam. Antara lain, kita boleh juga membuat pembedahan tapi saiz tumor yg kecil spt ini tak memerlukannya intervention sebegitu rupa.. hehe rasa agak awkward utk menggunakan bahasa pasar dan campur spt ini utk present kes perubatan.. hmmm minah tu keje sbg chef. dia nak kawin hujung tahun ni. ahun depan dia nak berhijrah ke australia. dia kata dia nak anak dalam setahun dua ni, jadi dia taknaklah ubat yang diberikan memberikan kesan kepada keuarganya nanti.. ok lah iu lah dulu setakat ni.. will update later..

Wednesday, June 09, 2004

Suatu ketika dahulu...

Terkenang semasa lalu.. masa2 kecik dulu aku suka makan nasi dengan ikan goreng dengan kicap. Wae akan suapkan. Kadang2 makan 'bersaing' (bahasa Kelantan - makan kelah i.e. makan beramai2 dengan kawan2) semua kawan aku akan bawak makanan masing2, pastu kitorang makan kat luar rumah, biasanya kitorang makan kat depan rumah pakcik Alias, dia ada bangku kat depan rumah dia.. pastu kitorang makan ler beramai2.. alangkah seronoknya zaman kecik2 dulu.. Xde benda yang nak dirunsingkan. Setiap hari berlalu tanpa perlu memikirkan apakah perancangan hari esok. Oh ya, selalunya pada hari Jumaat aku adik beradik memang kena paksa pergi kelas kat madrasah di luar kem. Arwah ayah aku turut mengajar kat situ. Tapi kebanyakannya ustaz aku yang ajarkan. Dia tu agak garang jugaklah. Masa aku umur 6, 7 tahun, aku bukannya reti baca or tulis jawi.. jadi main tiru aje la apa yg terpampang kat papan hitam. Kadang2 ustazah buat ujian. Kalau budak2 nakal sangat kami sumer akan kena denda berdiri ramai2 pastu dia akan rotan tangan setiap sorang. Aku walaupuan anak ustaz tak dapat privilage, kena bantai jugak la.. pastu bila dah abih madrasah sumer akan bernasyid lagu 'sepohon kayu'. Tu lama dulu sebelum kumpulan saujana mempopularkan lagu berkenaan. Hehe.. mmg seronok..

Madrasah tu plak kat luar kem tentera tempat aku tinggal, jadi pagi2 dah berkonvoi beramai2 ke luar kem.. Aku masih ingat, seiap kali kelas bermula, kitorang akan beramai2 menghafal sifat 20, jenis2 air mutlak, sifat yg wajib bagi Rasul, bilangan Rasul yang wajib diketahui, dan banyak lagi.. Memang seronok.. Kengkadang aku rasa tak puas hati gak aaa.. kenapala bat madrasah pagi sangat sampai aku tak sempat nak tengok kartun pagi Jumaat, tak silap aku Thunder bird.. tapi bile dah besar tahulah aku bahawa ilmu itu lebih penting, jauh lebih penting dari mana2 thunder bird yang ada dalam dunia nih.. hehe.. kan?

Hmm.. kartun2 kegemaranku zaman kecik2 adalah seperti berikut : Macross, Mospaeda, the three musketeer, doraemon -selalu kena marah sebab terlalai nak solat maghrib: ni sumer salah rtm buat kartun waktu maghrib.. appara.., tosho daimos, voltron dan banyak lagi.. oh ya Mask pun aku amat2 minat.. dan transformers gak..

waktu kecik2 dulu aku suka sangat melukih kartun.. aku belajar ngan sorang mamat ni, nama dia Akmal.. dia pandai giler melukih.. aku belajar ngan dia mmg banyak giler.. kitorang selalu lukis mask, macross, dan buat komik sendiri.. kebetulan ayah aku buat reban ayam kat luar rumah.. sebelum reban ayam itu dirasmikan sebagai reban ayam yang sebnarnya, kami telah curi2 masuk dan menjadikannya sebagai pengkalan tempat berkarya.. teringat lagi, masa tu aku nak jadi jurutera sebab terpengaruh ngan citer kartun 'mask; tapi end up jadi doktor.. Tuhan Maha Kaya, kengkadang kite rasa sesuatu itu adalah baik utk kite pada hakikatnya tidak.. Adalah paling aula sekiranya kita serahkan segala2nya kepada Allah Taala, Huwa Awwal wal Akhir.. dia Maha Mengetahui segala sesuatu sebelum dan selepas kita diciptakan.. Sekian dahulu.. dah penat menaip.. tengah tunggu Arop abih buat admission, mamat tu dah SHO dah, kerja kat GUIDE -infectious disease... katanya nak buat 4 admissions.. aku plak dah lama abih.. ok lah.. Asar dah dekat .. maybe aku patut solat Asar dulu.. Ilalliqa'.. ma;assalamah..

Tuesday, June 08, 2004

Jahit Kulit Kepala

penat sungguh on-call hujung minggu baru2 ni. aku on call ngan Ray utk kali yg terakhirnya.. Mamat tu memang baik.. walaupun kuat minum arak, tapi dia bukan jenis yang x bertanggungjawab.. Aku pun tak tahu kenapalah penat sangat, bukannya tak rehat.. badan aku habis sakit2. Habis lenguh lutut.. terasa longgar dan nak tercabut kepala lutut dan skru yang mengetatkan medial dan lateral meniscus dan collateral ligaments.. Tapi part yang paling best adalah bila aku dapat belajar jahit kepala orang.. Ada sorang makcik ni dia jatuh dari katil, terhantuk kepala abih berdarah2, bila kitorang review dia, besar gak luka dia, adela dlm 4cm panjang dan 3 cm dalam.. bila aku buka luka tu aku boleh nampak tulang tengkorak.. ish2 .. yang sedihnya lagi, makcik tu dah kena kanser otak, dah takleh nak bedah atau kemoterapi.. kira2nya dia ni tunggu ajal aje la.. kalau istilah medicine-nya palliative management la..

Satu lagi kes yang menarik ialah acute 'stridor'. Mamat ni muda lagi, dlm 37 tahun.. masa kitorang review dia, mamat ni tercungap2 payah nak bernafas. O2 sat dia ok je dalam 95 ke 98 peratus. Tapi punyelah payah dia nak bernapas. Dia masuk hospital sbb kena multiple sclerosis.. dia ada history of asthma.. mula2 ingatkan asthma tapi presentation dia ni x macam asthma pun.. Kalau korang tengok ER, salah satu cara nak selamatkan nyawa mamat ni ialah dgn tebuh lubang kat airway dia.. macam yg George Clooney buat kat sorg budak ni.. sebabnya upper airway dah tertutup, kire2nya dia buat artificial tracheostomy la.. emm.. aku berkira2 mamat ni kena acute epiglottitis kut tak pun acute trachebronchitis.. last2 masuk ICU.. mujur tak padam..

Gitulah kire2nya.. satu hujung minggu yang memenatkan.. akhirnya aku balik umah kroh kroh...

penat wooo...

Hari yang membosankan...

Jam pukul lapan aku dah tercacak kat wad Victor Synge..Aitt, mane team aku. Aku menggerutu dalam hati.. Bukan ke Dr Byrne punye ward round kul lapan? Setengah jam kemudian, tahulah aku yg Dr Byrne xde minggu ni.. Cehh.. team aku kat dr's res. tgh melepak minum kopi, Ray x samapai2 lagi, lambat plak mamat tu. hmm dia tu mmg selalu lambut. Aku pun kengkadang lambat gak, tapi akdelah selalau sgt.Mamattu selalu aje minum. Pastu nak keje mulalah hang over.
Inilah team perubatanku yang terakhir sepanjang aku keje kat Hosp St James nih. Aku ada 3 konsultan: Prof Cullen, Prof Nolan ngan Dr Byrne. Ada dua registrar : Declan Byrne, Oiffe Brenna, 2 SHO: Siobhn ngan Maria Sa; dua intern: aku yang ensem lagi macho ni ngan Raymond Walls.Bulan ni giliran Dr Byrne jaga ward. Team aku on take Sabtu baru2 ni. Tak byk pun admission 10 new patients jer.. Rata2 TIA, collapse, chest infection, tu jer.. x byk yg menarik pun..Kul 4 aku dah keboringan tak tahu nak buat aper.. Hmm.. alangkah indahnya hidup sebagai doktor kalau selalu macam ni.. Tapi.. hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah.. suram malam tak berbintang.. itulah lukisan alam...Hehe..

Pukul 4 tadi tetiba terasa nak baca blog orang dan akhirnya aku end up memiliki blog ku yg tersendiri.. Inilah dia blog aku, yang ngko sedang tatapi ini..

12 Mei 1978

12 Mei 1978
Di suatu perkampungan yang agak pedalaman di bumi Kelantan.. Di situlah tempat tangisan teriakanku yang pertama memecah lelangit dan anak tekakku.. Begitupun anak kecil ya'ni aku tak pernah dan mungkin tak akan mengingati peristiwa yang yang bersejarah itu.. aku pun kurang pasti waktu kelahiranku.. yang pasti, kedatangan ku ke dunia tidak semudah majoriti insan lain, walaupun aku lahir dari sperma yang berjaya mengalahkan berjuta sperma2 lain, namun tempoh beberapa bulan yang berikutnya tidaklah semudah yang kusangka.. Ternyata ibuku, Wae menempuh tempoh kritikal, berjuang antara hidup dan mati.. aku pun kurang pasti patologi yang melanda bondaku, setakat yang kuingat, pakcik sering menyebut2 bahawa aku dilahirkan sangat kecil, Wae sakit teruk, dia 'demam kuning' menurutnya, ayah hampir2 putus asa akan kehilangannya, ternyata sangkaan dia meleset. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Kalau Dia nak aku hidup, aku hidup. 26 tahun kemudian, aku tercacak depan monitor ni, menaip blog yang aku pun tak pasti samapai bila akan berlangsung. aku menggaru2 kepala. Kenapa aku join blog ni? Ntah, jari terasa gatal nak mendokumentasikan peri rasa yang terpendam dalam hati. Berbalik pasal aku yang dah keluar ke alam nyata tadi, ternyata aku pun sakit teruk jugak time tu. Doktor nak tebuk tulang belakangmu, kata ayah. Tapi ayah tak kasi. Dia khuatir komplikasinya lagi teruk. Sekarang baru aku faham. Doktor nak buat LP - lumbar puncture. Mungkin dia khuatir aku kena meningitis. Ayah kata, kalau aku pendek umur takpe, sebab dia ada 3 orang lagi anak. Aku sengih aje. Oh ya, arwah ayah.. Arwah meninggal tahun sudah, sehabisnya aku menamatkan 6 tahun perubatan. Aku rindu ayah. Arwah banyak mengajar aku erti hidup ini.

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

jjjhhbkjljljl;k
 
Blogger Templates