Social Icons

blogger widget

Pages

Monday, June 14, 2004

Aku tertanya2..

Kadang aku tertanya2.. adakah sebagai doktor, adakah aku mempunyai hak untuk menentukan sama ada seseorang itu perlu di'resuscitate' atau tidak sekiranya berlaku 'cardiorespiratory arrest'.. atau adakah sewajarnya aku memberikan peluang yang sama kepada semua orang utk di'resuscitate' regardless of the 'predicted' prognosis... Hmm.. banyaklah senario dan kes yang ku lihat.. kengkadang ada pertentangan pendapat sama ada si pesakit ini perlu diberikan 'active management', dimasukkan ke ICU, atau dibiarkan 'rest in peace' .. aku kurang arif bab2 sebegini.. Mungkin jalan yang terbaik adalah ' fas'alu ahlazzikri in kuntum la ta'lamun'..

Kadang, kurasakan memang tidak sewajarnya kita 'overinvestigate' or overtreating a patient.. bila kita menjangkakan yang dia tidak akan bertahan lama.. yelah.. takkanlah kita sibuk nak cucuk si pesakit , ambik darah, x-ray, injek ubat etc, padahal waktu2 terakhir itu sepatutnya dibiarkan sahaja si pesakit bersama keluarga, menanti saat dipanggil Tuhan..

Biar apapun, sekadar meluahkan rasa hati.. memandangkan aku bakal berada di dalam situasi yang sama, iaitu sebagai seorang doktor yang kononnya bakal menentukan status 'resuscitation' yang kedua, aku sebagai pesakit tatkala berada di ambang senja umurku.. menanti dengan pasrah status yang akan dikenakan ke atasku pabila sakitku sudah tak terubat lagi..

DO NOT RESUSCITATE...

gerun bukan?

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

jjjhhbkjljljl;k
 
Blogger Templates