Social Icons

blogger widget

Pages

Monday, August 17, 2009

Aduhai...

Ini sms yg kuterima pagi ini dari alumni angkatan ke 007 ESQ165

A'kum Bapak Andy & Bapak Akmal! Semoga bapak, anak & isteri dirahmati Allah SWT. Saya amat bersyukur to ALLAH SWT kerna menemukan saya dgn Pak Andy & Pak Akmal. Actually saya ada masalah pagi tadi. Semasa saya sembahyang tahajud air mata saya mengalir & hampir2 saya tidak dapat meneruskan solat saya... Alhamdulillah syukur kpd ILAHI yang menciptakan hambamu ini sebagai serang MUSLIM.

Semoga pertemuan kita selama 3 hari akan menjadi persahabatan yang abadi. Salam... (salam semut) - Alumni ESQ. Angkatan 007 Kota Bharu.

Nota: Alangkah indahnya apabila anda dikurniakan 110 orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah.. sama2 menangis kerana ALLAH? Ya Allah, janganlah kau sesatka kami setelah engkau kurniakan nikmat hidayah kepada kami.. Amin...

A Letter to A Dear friend.. RE: ESQ


Wa'alaikumussalam wbt.. betui ka mau tahu?? kalau betul daftarlah sekarang sebagai early bird supaya anda tidak menjadi late bird.... this sounds like sales representatives but all alumni esq telah di'brainwashed' untuk spread this programme to all nation.. even UMNO pun nak adapt this programme utk tawan balik 5 negeri.. huhu.. sebenarnya programme ini melibatkan perasaan dan suara hati.. bermakna, setiap orang akan mengalami pengalaman yang berbeza bergantung kepada rezeki masing2.. So pengalaman saya dan sedari nanti mungkin berbeza.. sekian terima kasih..


Hmm.. xleh citer byk2 nanti spoil.. kita kasitau sikit saja.. hari pertama, kami dibawa mengembara menerobosi angkasa lepas, melihat kerdilnya manusia ini berbanding alam cakerawala yang sangat luas terbentang... seterusnya kami dibawa kembali ke dalam diri, melihat betapa halusnya ciptaan batang tubuh ini.. sehingga ke level dna dan subatomic particle, melihat bahawasanya tubuh kita sendiri bertawaf mengucakan zikir memuji Allah.. kami tidak mencatatkan apa2 melainkan hanya berdiri, duduk bersimpuh, berdoa, bertaubat, menangis, kemudian menangis dan lagi.. dan lagi.. ala mcm batery eveready tu la.. dan menangis lagi.. ada yg teresak2 ada yang luruh jantungnya.. ada prof, ada doktor, ada guru, ada pelbagai strata masyarakat tapi semuanya sama di sisi Allah.. moga2 kami menangis hanya kerana ALLAH..


Syabas kepada hamba Allah Ary Ginanjar yang menyusun program ini.. bukan senang nak bawa CEO, top executives, leaders duduk bersimpuh menyaksikan kebesaran Allah .. bertaubat dan menangis, merenung dan muhasabah..menyahsampahkan ego dalam diri.. ini diiringi music dan audiovisual yang begitu menggegarkan jiwa nurani.. mungkin yg lembut hatinya sedikit mudah disentuh, yang agak keras pun akhirnya luntur dan cair.. ada yg mengalami krisis rumah tangga tahap kronik, menjadikan esq sbg terapi, harap2 pasangan tersebut x jadi bercerai.. Allahu.. ada yg dipaksa rela join oleh company, department.. terpulanglah.. itu rezeki masing2..


Bagi saya, hari pertama amat melelahkan, dgn demam dan selsema yg dialami.. tapi pagi esok kembali segar.. melihat sahabat2 dan ukhuwah yg terbina.. hati jd berbunga2.. hari yang panjang tidak membosankan kerana aktiviti yg pelbagai.. ada macam2 games yg menarik, penyampaian Pak Andy pulak begitu refreshing dan.. 'luar biasa' tuan puan..


Tuan2 dan puan2 yg saya kasihi kerana ALlah.. bawalah bekalan, carilah kebahagian.. ingatlah bahagia itu terbahagi tiga:kebahagiaan fizikal tatkala dikau menerima material; bahagia emosi tatkala kau menerima pujian, sanjungan, etc dan kebahagiaan spiritual tatkala engkau MEMBERI.. carilah bagian terakhir itu.. sekian dahulu.. moga ada faedahnya buat sedari..nak tulis panjang2 pun pensel patah plak dah.. :) take care my dear friend.. I pray that Allah will make an easy path for you to join this programme and join us as alumni. See you there.. (U can ask me later for details..but again, u have to experience it yourself to really enjoy it..huhu).. tata

Wednesday, August 12, 2009

Esok ESQ165

Sebermulanya, blog ini mungkin kembali bercambah seiring dengan pemergianku ke ESQ165 esok.. Sebenarnya aku masih berkira2 sama ada nak pergi ataupun tidak.. memandangkan keadaan kesihatan yang kurang memberangsangkan.. Apapun, aku bersyukur kerana demam sudahpun kebah, dan tenaga sudah bertambah.. berkat selawat Sayyidinal kiram Sallahu alaihi wasallam.. Mungkin esok menjanjikan kesihatan yang pulih? Allahu a'lam..

Sila google ESQ 165 atau youtube ESQ165, bagi yang enggak mengenali apa itu ESQ165.. Harapanku, program seumpama ini mampu mencambahkan dunia training Islami dan membina suatu budaya Islami yang menyeluruhi emosi, spiritual dan IQ ..

Akhir kalam, sematkan kalimah Asmaul Husna di dalam jiwa, hentam dada anda dengan selawat ke atas junjungan mulia Rasulul Amin Muhammad Sallahu alaihi wasallam.. Alangkah kerdilnya kita di hadapan Allah kelak.. Moga2 selawat yang terucap menjadi asbab diangkatkan azab, dimudahkan hisab dan dibukakan kolam raudhah bagi insan kerdil ini.. Allahu ..
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

jjjhhbkjljljl;k
 
Blogger Templates