Social Icons

blogger widget

Pages

Thursday, September 28, 2006

I'm back!

Bak kata pepatah, sayangkan isteri tinggal2kan, sayangkan anak tangan2kan, baik tak payah tinggal, senang kerja. Anak: semakin dipandang semakin enak!
No picture please.. I malu!


Ciku Cak...! (Aiseh, anakku kekurangan sejenis bahan hitam yang biasanya menutup kulit kepala manusia, i.e rambut)

Wajah Luqman tatkala ditukarkan lampin. Kalau dia muncungkan mulut macam tu petanda di nak 'kokok' lagi.. Kejap lagi dia akan menyebabkan pencemaran udara di ruang angkasa bilik berkenaan. Bertuah punya budak..


Setelah lebih kurang seminggu ke KL melawat anakanda dan isteri tercinta, akhirnya aku pulang ke bumi Serambi Mekah.
Hari pertama berjauhan dari anak dan isteri agak melukakan hatiku. Terbayang2 wajah anak dan isteri silih berganti. Nak pejam mata pun sukar. Hmm..

Ramadhan pula telah sampai ke hari 5. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan amal ibadat. Rindu plak nak tadarus di Masjid At Taqwa di Taman Tun. Bangga sungguh bila tengok jemaah Subuh hampir tiga ratus orang! Alangkah lemahnya aku.. Banyak benda yang kita boleh belajar dari kota metropolitan ini. Bak kata mertuaku. KL ada seribu satu macam benda. Nak ilmu pun banyak, nak maksiat pun banyak..

Moga kita semua istiqamah di dalam sirotol mustaqim..

Thursday, September 21, 2006

Bagaimana rasanya..?


Bagaimana rasanya?
Dua hari berturut2 pesakit aku meninggal dunia. Kedua2nya kes kemalangan jiwa. (gambar hiasan)

Kes pertama
a patient in his 50s, alleged MVA pedestrian hit by car, a hit-n-run scenario. Came with deteriorating condition. We had to tube him n give him artificial breathing. BP dropping like crazy. Pale ++, IV fluids to resuscitate given. There was a long bruising over his L flank, more like a normal abrasion wound but FAST ultrasonography showed a heck of nasty fluid collection which indicates intraabdominal injury. He would benefit from open laparatomy but, we he never made it upstairs. He met his Creator before we could establish the proper diagnosis. Apparently he went to cardiac arrest, precisely PEA-pulseless electrical activity secondary to excessive blood loss with subsequent DIVC or DIC (disseminated intravac. coagulation) and electrolyte haywires. I broke the bad news to the family. The daughter was unable to control her burst of tears. May Allah forgive his soul. Amen.

Sometimes when you see a lot of death, u don't know wether you should frown or smile.

InnaliLlah wainna ilahi raji'un.

Esok ku kan terbang



Bukannya apa, memandangkan ryanair, err airasia menawarkan tiker terbang yang agak murah, maka apalah salah kiranya aku terbang ke KL buat sehari dua menjenguk akan anak isteri yang jauh di mata tapi dekat di laptop (gambar depa byk dalam laptop).


Alangkan kucing sayangkan anaknya, apatah lagi aku yg hina dina ini. Bak kata org2 tua, anak pengikat kasih sayang suami isteri. Dah terikat tu tak yahlah cari lain, kan? :)

Perkhabaran melalui angin (gelombang berfrekuenci) yg kudengar, Luqman semakin kuat menyusu, mukanya naik ruam. Itu gejala2 yang mengesahkan bahawa si cilik rindukan abahnya.

Bukan salah Luqman, dah abah dia memang adorable..

Luqman, kita jumpa esok, doakan abah selamat dalam perjalanan. (Sedang mendengar nasyid Elaika, sungguh meruntun hati dan kalbu, hampir menitis air mata si abah yang keras hati ini..)

Saturday, September 16, 2006

Dia buka mata!

Anakku mula membuka mata pada hari kedua. Kadangkala dia tersenyum tatkala tidur. Dia dimasukkan ke neonatal ICU pada hari kelahirannya selama dua hari. Dia diberikan phototherapy selama dua hari. Beberapa ujian saringan dibuat untuk mengenalpasti sebab ubun2 kepalanya sedikit besar dari biasa. Alhamdulillah akhirnya dia didiscaj dari Hospital pada hari Ahad.
Setakat ini dia menyusu dan kokok (berak) sebagaimana lumrahnya budak2 lain. Kadangkala (dua jam sekali!) dia menangis minta susu. Isteriku pula baru nak belahar menyusu badan. Memang amat menyakitkan pada peringkat awalnya. Pelbagai cara dibuat untuk melegakan tekanan pada dadanya termasuklah penggunaan breast pump. Alhamdulillah semuanya semakin baik. Kesakitan pada luka caesar juga sedah berkurangan walaupun pada mulanya agak sayu melihat dia bersusah payah untuk bangun dari pembaringan. Mudah2an Allah memberikanmu sebaik2 kebajikan.
Biarlah Luqman baca sendiri entri blog ni bila dah besar panjang karang. Pandai2lah Luqman hargai jasa ibu. Pun peringatan buat kita semua yang bergelar anak!

Never Give Up!



Hampir seminggu aku meninggalkan anak dan isteriku di Kuala Lumpur. Terasa sepi keseorangan. Hanya gambar digital pengubat duka dan rindu. Anakku makin kuat menyusu gamaknya. Mungkin beratnya juga sudah bertambah. Insya Allah Jumaat karang abah terbang ke Kuala Lumpur melawat Luqman. Sekarang ni abah sibuk bekerja di Jab Kecemasan HUSM. Semalam abah kerja malam. Mujurlah tidak sibuk sangat. Alhamdulillah. Sekarang ni abah mengisi masa lapang menghadap laptop. Baca blog orang. Baca surat khabar online. Makan pun simple2 aje. Mungkin balik KL karang boleh makan masakan rumah.
Sekarang ni nak kena cari pengasuh la plak. Cuti sang istri pun tinggal sebulan lagi. Susah juga bila dua2 orang kerja. Anak tidakterjaga dengan sempurna. Pening juga kepala memikirkan. Mungkin aku patut cari pengasuh cepat2.

Tuesday, September 05, 2006

Hari ini Temujanji Dengan Doktor Kanak2


Luqman budak baik..
Luqman budak pintar..
Luqman lekas besar..
Mertuaku suka sebut macamtu kat anakku. Moga2 jadi doa. Hari ini ada temu janji di dengan doktor pediatrik di HUSM. Kami nak lihat laporan ultrasound kepala, ujian darah dan pemeriksaan am. Alhamdulillah semuanya normal. Cuma doktor inginkan kepastian dengan mengambil darah untuk ujian TFT (thyroid function test). Anakku 'behave'. Dia takde nak nangis2 menunjuk perasaan. Memang perangai ayah dia. Bagus anakku Luqman. Petang ni kita balik Temangan sebeluk bertolak ke KL ek? Oh ya, abah belum daftar nama Luqman lagi ni. Petang ni ek..

Ok, Luqman.. Tidur nyenyak nampak.. ?

Monday, September 04, 2006

Luqman Hakim


Nama: Muhd Luqman Hakim Mohd Zikri
Jantina : Lelaki
Berat: 2.7kg ketika lahir, 2.75 kg kelmarin
Hobi: Tidur mengiring sebab ukur lilit kepala 47cm ketika lahir (43cm kelmarin), hisap susu ibu, gemar didukung, tidur 20 jam sehari. Dengar Quran surah Luqman, Yasin, ratib Al Attas.
Keterangan gambar: Gambar diambil 30 minit selepas dilahirkan. Luqman lambat menangis lalu dibantu oleh doktor kanak-kanak. Luqman terpaksa dimasukkan ke wad NICU (neonate intensive care). Lepas 5 minit baru Luqman nangis, tupun perlahan-lahan. Luqman diberi rawatan fototerapi (jaundice?) tapi takpelah..Luqman tak kisah...

Abah caayang Luqman.. meh sini abah dukung..

Saat2 Kelahiran Si Luqman


Cemas
Berharap
Doa
Tawakal
Tak Percaya
Takut
Sihat ke?
Sakit?
Macam mana nak jaga?
Berapa kilo?
Eh, lelaki ke pompuan? Hari tu malu2 kepit kaki masa ultrasound :)
Cuti macam mana?
Nak balik KL bila?
Jadi ayah?

Anakku Tiba Ke Alam Dunia


Tarikh 24 Ogos 2006 telah menjadi suatu kenangan manis buat aku sekeluarga. Tepat jam 11.30 pagi kami menerima seorang ahli baru yang kecil, putih kemerah-merahan (?humaira' tapi lelaki), seberat 2.7 kg. Aku memanjatkan syukur ke hadrat Allah Taala kerana isteriku berjaya menempuhi ujian kedua selepas mengandung 49 minggu dua hari iaitu pembedahan Caesarian. Anakku songsang dan ibunya pula oligohydramnios (kurang cecair amnion)

Muhd Luqman Hakim bakal mewarnai usia perkahwinan setahun jagung ini.

Terima kasih kuucapkan kepada sang isteri yang tabah menempuhi keperitan mengandung di samping tugasan berat seorang doktor pelatih yang cukup2 letih. Moga ada bahagianmu di dunia dan Akhirat atas pengorbanan ini.
 

Sample text

Sample Text

Sample Text

jjjhhbkjljljl;k
 
Blogger Templates