
Setakat ini dia menyusu dan kokok (berak) sebagaimana lumrahnya budak2 lain. Kadangkala (dua jam sekali!) dia menangis minta susu. Isteriku pula baru nak belahar menyusu badan. Memang amat menyakitkan pada peringkat awalnya. Pelbagai cara dibuat untuk melegakan tekanan pada dadanya termasuklah penggunaan breast pump. Alhamdulillah semuanya semakin baik. Kesakitan pada luka caesar juga sedah berkurangan walaupun pada mulanya agak sayu melihat dia bersusah payah untuk bangun dari pembaringan. Mudah2an Allah memberikanmu sebaik2 kebajikan.
Biarlah Luqman baca sendiri entri blog ni bila dah besar panjang karang. Pandai2lah Luqman hargai jasa ibu. Pun peringatan buat kita semua yang bergelar anak!
No comments:
Post a Comment