Social Icons

blogger widget

Pages

Wednesday, June 09, 2004

Suatu ketika dahulu...

Terkenang semasa lalu.. masa2 kecik dulu aku suka makan nasi dengan ikan goreng dengan kicap. Wae akan suapkan. Kadang2 makan 'bersaing' (bahasa Kelantan - makan kelah i.e. makan beramai2 dengan kawan2) semua kawan aku akan bawak makanan masing2, pastu kitorang makan kat luar rumah, biasanya kitorang makan kat depan rumah pakcik Alias, dia ada bangku kat depan rumah dia.. pastu kitorang makan ler beramai2.. alangkah seronoknya zaman kecik2 dulu.. Xde benda yang nak dirunsingkan. Setiap hari berlalu tanpa perlu memikirkan apakah perancangan hari esok. Oh ya, selalunya pada hari Jumaat aku adik beradik memang kena paksa pergi kelas kat madrasah di luar kem. Arwah ayah aku turut mengajar kat situ. Tapi kebanyakannya ustaz aku yang ajarkan. Dia tu agak garang jugaklah. Masa aku umur 6, 7 tahun, aku bukannya reti baca or tulis jawi.. jadi main tiru aje la apa yg terpampang kat papan hitam. Kadang2 ustazah buat ujian. Kalau budak2 nakal sangat kami sumer akan kena denda berdiri ramai2 pastu dia akan rotan tangan setiap sorang. Aku walaupuan anak ustaz tak dapat privilage, kena bantai jugak la.. pastu bila dah abih madrasah sumer akan bernasyid lagu 'sepohon kayu'. Tu lama dulu sebelum kumpulan saujana mempopularkan lagu berkenaan. Hehe.. mmg seronok..

Madrasah tu plak kat luar kem tentera tempat aku tinggal, jadi pagi2 dah berkonvoi beramai2 ke luar kem.. Aku masih ingat, seiap kali kelas bermula, kitorang akan beramai2 menghafal sifat 20, jenis2 air mutlak, sifat yg wajib bagi Rasul, bilangan Rasul yang wajib diketahui, dan banyak lagi.. Memang seronok.. Kengkadang aku rasa tak puas hati gak aaa.. kenapala bat madrasah pagi sangat sampai aku tak sempat nak tengok kartun pagi Jumaat, tak silap aku Thunder bird.. tapi bile dah besar tahulah aku bahawa ilmu itu lebih penting, jauh lebih penting dari mana2 thunder bird yang ada dalam dunia nih.. hehe.. kan?

Hmm.. kartun2 kegemaranku zaman kecik2 adalah seperti berikut : Macross, Mospaeda, the three musketeer, doraemon -selalu kena marah sebab terlalai nak solat maghrib: ni sumer salah rtm buat kartun waktu maghrib.. appara.., tosho daimos, voltron dan banyak lagi.. oh ya Mask pun aku amat2 minat.. dan transformers gak..

waktu kecik2 dulu aku suka sangat melukih kartun.. aku belajar ngan sorang mamat ni, nama dia Akmal.. dia pandai giler melukih.. aku belajar ngan dia mmg banyak giler.. kitorang selalu lukis mask, macross, dan buat komik sendiri.. kebetulan ayah aku buat reban ayam kat luar rumah.. sebelum reban ayam itu dirasmikan sebagai reban ayam yang sebnarnya, kami telah curi2 masuk dan menjadikannya sebagai pengkalan tempat berkarya.. teringat lagi, masa tu aku nak jadi jurutera sebab terpengaruh ngan citer kartun 'mask; tapi end up jadi doktor.. Tuhan Maha Kaya, kengkadang kite rasa sesuatu itu adalah baik utk kite pada hakikatnya tidak.. Adalah paling aula sekiranya kita serahkan segala2nya kepada Allah Taala, Huwa Awwal wal Akhir.. dia Maha Mengetahui segala sesuatu sebelum dan selepas kita diciptakan.. Sekian dahulu.. dah penat menaip.. tengah tunggu Arop abih buat admission, mamat tu dah SHO dah, kerja kat GUIDE -infectious disease... katanya nak buat 4 admissions.. aku plak dah lama abih.. ok lah.. Asar dah dekat .. maybe aku patut solat Asar dulu.. Ilalliqa'.. ma;assalamah..

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

jjjhhbkjljljl;k
 
Blogger Templates