Sabtu yang sudah aku telah diamanahkan untuk menjadi surgical intern.. aku 'swap' dengan Wendy Lyn sebab dia nak pindah rumah.. apa lagi aku dengan la la lanya pi la hospital.. Sungguh ku tak sangka, ingatkan syurga rupenya neraka (neraka dunia).. surgical call yang indah2 kononnya berubah menjadi suatu bencana (x delah bencana sangat).. rupa2nya intern yang sorang lagi tak dapek nak datang.. kununnya sakit.. terlantar di atas katil na persada.. allah.. baru aje semalam aku borak ngan dia sihat molek-molek ade.. apsal lak tetiba sakit plak.. nak dijadikan cerita , 'locum' intern plak tak dapat datang sebab ada miscommunicatio.. maka terkapai2lah aku meredah samudera hari Sabtu yang berliku2 penuh onak dan batu.. Keperitan ku hadapi dengan senyuman.. almaklumlah aku ini doktor budi'man'.. penuh sungguh tiada terperi, kalaulah diberi peluang nescaya ku tarik diri.. heheh.. Alhamdulillah, penat memang lah penat tapi aku banyak belajar untuk bersabar.. Banyak perkara kita nak menuding kepada manusia.. mulalah nak melalak ke sana sini.. ini hak aku .. itu hak aku.. it's MY RIGHT to get this and that.. Padahal.. walhasilnya kita sebenarnya menuding kepada Allah Rabbul Alamin..
Jadi, aku tidak tahu sama ada aku berjaya melepasi hari itu sebab seorang yang penyabar.. Hanya Allah sahaja yang tahu.. kalau aku sabar aku dapat dua ganjaran, pertama pahala Allah Taala, yang kedua adalah gaji yang menyamai dua orang intern.. Else, aku penat sia2.. dan hanya habuan dunia semata.. Aku masih ingat yang malam itu aku terlampau penat sehinggakan aku tak mampu nak tidur.. kerana lenguhnya terasa kat urat2 belikatku.. aduhai..
Alhamdulillah hari yang dasat itu telah berlalu dan aku kini sedang on kol lagi nampaknya.. aku ada citer menarik untuk hari ini.. Lagi sekali aku kena sabar...
Allahu Akbar!!!!!
Tuesday, June 29, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment