Social Icons

blogger widget

Pages

Thursday, July 01, 2004

Hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi..

Salam..

Tatkala manusia berderet2 menyusun kaki melangkah ke arah skim SHO, aku dengan selambanya senyum meleret tidak sabar, alangkah indahnya dapat kembali ke tanah air.. Sudah lama aku mengidam nak pulang.. 2 minggu lagi maka terhasillah impian dan gelora hati.. Insya ALlah

AKu dah berjaya mendapatkan kad kredit dan kad 'pass BOI' ku yang kecurian tiga hari lalu.. Hidup memang sempit kalau takde dua makhluk Allah itu.. Yelah tak guna ada duit banyak kalau xleh nak kuar duit.. Terasa lega sket la dah dapat dua kad yang penting tuh.. Walaupun barang2 lain hanya tinggal kenangan, aku tak dapat nak maafkan perampok yang memasuki bilikku tempoh hari.. kok ye pun nak curi, ambik aje la duit dalam wallet tu, tinggalkan la wallet tu.. banyak dokumen2 dan kad2 penting dalam tu..

ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan..

tiket pulang ke Malaysia Euro 620
Irish Medical Registration
Letter of Good Standing
Tax refund
nak kena ada borang P-45
Pension Claims
gaji terakhir
shipping Sabtu ni
TT ke akaun Malaysia

Inilah antara urusan keduniaanku yang mesti disettlekan sebelum aku balik, bakal menyibukkan hidup selama dua minggu ini.. Dah balik Malaysia lain pulak citernye, nak kena fikir pasal kerja kat hospital mane, nak kawin dengan sape (jgn mare), bila nak kawen, bile nak beli keta.. (Honda city? Vios, Waja?? - mana satu pilihan hati - setakat ni tgh jatuh cinta ngan Honda City walaupun ramai org yg x suka ngan design dia - at least perampok fikir dua kali sebelum nak curi city yang hodoh, kan kan kan?)

Hmmm lom solat Asar lagi.. aku rasa aku terlampu banyak mencuaikan hubunganku dengan Allah..

Jom Mozo, kita solat.. ajak Mus sekali.. pasni boleh makan sama2..

nanti kusambung coretan kosong ini...


No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

jjjhhbkjljljl;k
 
Blogger Templates