Entahlah, kesal pun ada.. nak marah pun ada.. Moga Allah meletakkan daku di kalangan orang yang bersabar..
Jam 2pagi, sepasang suami isteri dengan anak yang melecur kakinya masuk. Sang lelaki bertubuh gempal. Anak menangis tak berhenti-henti..kesakitan..
Rupa2nya terkena air panas.. Kecuaian ibu-bapa, bagaimana air yg panas boleh dicapai oleh sang anak yang baru berusia setahun.. Alamat menangis lah sang bayi yang malang..
Aku dilatih untuk sedaya upaya mengurangkan derita kesakitan bayi, yang pertama ku fikirakan adalah memasukkan iv line supaya ubat penahan sakit dapat diberi. Setelah memasukkan ubat penahan sakit melalui duburnya, kami mencuba. Sekali, dua kali dan akhirnya tiga kali... gagal.. Anak kecil ini bertubuh gempal, langsung tidak kelihatan urat venanya. Sang ayah makin tidak sabar.. tangisan bayi pula menusuk kalbu.. kesian..
Sang ayah mula bersuara, kenapa tidak dirawat kaki yang melecur dulu, dok sibuk2 nak cucuk aje.. ' nadanya mengancam.. Aku cuba terangkan yg rawatan tidaklah semudah yg disangka, bukan dengan membalut kaki, bayi itu akan berhenti menangis. Dia menangis kerana kesakitan, jadi kesakitanlah yang kita kena tangani dahulu... oleh kerana dia mendesak, aku ingin merujuk kepada doktor plastic. 'Mana fail pesakit?' aku menanya, 'Belum daftar', aku bertanya 'Kenapa tidak mendaftar?'..
Sang ayah mula naik darah, 'dok gaduh nak daftar! Bukannya nak rawat anak aku!? Nak biar anak aku mampus ke?' Mulalah dia marah2 mengungkit yang aku tidak memberikan rawatan yg wajar. Tidak mengubati anaknya, bahkan mendera melalui pelbagai cucukan'. Matanya merah dijegilkan. Aku naik meluat. paling aku geram sebab percakapannya biadap dan menengking-nengking.
Bayi tidaklah serius mana, sekadar first degree burn, yang tidak perlu dimasukkan ke wad pun..
Aku turut panas, tapi cuba bersabar.. aku tepuk bahu dia dan berkata lembut, 'api dengan api takleh jadi.. jgn marah2 kita nak rawat budak ni.. saya nak dia didaftar supaya maklumat pesakit boleh direkodkan..'
Sang isteri geleng kepala, memberi isyara supaya saya tidak meneruskan ber'dialog' dengan dia. Sang suami keluar seketika, tidak puas hati. Sang isteri berbisik, 'dia memang macam tu .. panas baran. Saya pun selalu kena. Doktor jangan layanlah dia sangat'
Akhirnya aku rujuk kepada doktor bahagian plastik untuk rawatan. Bayi dibenarkan pulang sejam kemudian.. Tangis pun dah berkurangan..
Mungkin ada himahnya. Aku bertolak ke Cameron Highland beberapa hari kemudian bersama isteri tercinta.. Bolehlah merawat hati yang 'terluka'.. Huhu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment