Social Icons

blogger widget

Pages

Thursday, March 20, 2014

Sifu

Chrysanthemum

Sifu, mahaguru, master, masterji.. MENTOR

Perkataan ini membawa konotasi bahawasanya si fulan yang memiliki pangkat berkenaan dianggap sangat mahir di dalam bidang masing-masing.

Saya teringat musim raya tahun lepas. Saya berpeluang bertandang ke rumah seorang sahabat kepada mertua di Janda Baik.Saya hanya menjadi salah seorang pemandu. Menurut sumber yang sahih, pertemuan tersebut adalah untuk reunion batches from Star (sekolah tuanku Abdul Rahman). Dijangka ramai yang dah berusia dan taiko2 berada dalam majlis yang sederhana tapi meriah. Dan saya difahamkan juga tuan rumah dipanggil Prof Abdullah.

Tanpa saya sedari rupa - rupanya dia sebenarnya adalah 'the' Prof Abdullah dan dia juga adalah suami kepada 'the' Puan Ainon.

ainon

Pasangan ini adalah legend bagi saya. Mana tidaknya, kalau anda melangkah ke mana-mana kedai buku anda pasti akan terserempak dengan barisan rak buku keluaran pts. Merekalah hero di sebalik syarikat penerbitan hebat ini. Kalau anda baca buku buku mereka pun anda boleh pelajari begitu banyak idea pemikiran yang luar dari kebiasaan.. Mereka banyak mengarang buku berkenaan teknik berfikir.

pts

Kelebihan mereka terserlah bila 'they walk the talk'. Bukan sekadar menulis malah mereka membuka syarikat penerbitan sendiri. Akhirnya tembok besar yang menghalang buku-buku karangan penulis Melayu tempatan berjaya dirobohkan. Pts berjaya menembusi kinokuniya, popular bookstore, Mph dan banyak lagi. Beliau juga mencabar idea usang kononnya rakyat Malaysia kurang membaca. Buktinya buku-buku mereka laku keras!

KULIT DEPAN FIKAH PERUBATAN 2

Bangga dapat duduk bersama mereka walau seketika. Pasangan yang sangat sederhana dan merendah diri namun ibarat permata bergemerlapan.

Paling menyeronokkan apabila mereka telah memasukkan saya ke dalam secret group Ainon business school. Sangat meriah! Sangat positif! Terasa haba dan aura positif usahawan Melayu yang meruntun-runtun jiwa. Saya terasa seperti terpaksa untuk berbisnes!

Tip dan nasihat bagaikan kerlipan permata. Berbeza kata-kata nasihat daripada penglipur lara berbanding orang bisnes yang merasai sendiri jatuh bangun dan turun naik putaran kehidupan.

Tersentap! 

Antara nasihat berharga : mesti ada ilmu untuk berniaga.. Mesti ada sistem. Usah berhutang. Bermula dengan apa yang ada dahulu. Dan tanpa disedari saya berbisik di dalam hati : mesti ada mentor yang boleh diikuti selangkah demi langkah yang ikhlas menunjukkan jalan. Ibarat suatu lebuhraya yang sudah tersedia, jadi mengapa mahu menebas hutan membina jalan sendiri?

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

jjjhhbkjljljl;k
 
Blogger Templates